Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Salam Jumaat... Sebenarnya hanya nak kongsikan sedikit maklumat mengenai Pulau Pinang iaitu salah satu mercu tandanya dan mercu tanda baru. Apakah sebenarnya? JAMBATAN PULAU PINANG dan JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG. Baik seperti mana semua tahu, Jambatan Pulau Pinang dirasmikan pada tahun 1985 iaitu sama tahun kelahiran saya dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir. Untuk pengetahuan anda semua Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dirasmikan pada esok hari iaitu 1hb March 2014 oleh TYT Pulau Pinang pada sebelah petang dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak. Jika ada masa hadirkan lah diri untuk sama-sama berada disana disamping dapat memotret gambar kenangan :). Insyaallah akan berkongsi dengan anda semua gambar JKPP .

Family Day Out (Family Potrait

Salam....Good Morning...Selamat Pagi.... Hari ini nak berkongsi gambar lama yang dah terperap di hardisk selain di upload di facebook. Gambar yang kita ambil hari ini akan jadi kenangan di masa depan. Keluarga amat penting bagi kita jadi jangan lepaskan peluang untuk bergambar kemudian terpulanglah samada simpan, print atau berkongsi di laman sosial. Walaupun sibuk jangan lupa untuk kongsikan masa untuk bersama keluarga. Anda pasti hilang segala tekanan kerja atau tekana dari sumber lain. Jom hari ini saya nak kongsi sikit sebanyak gambar yang ada semasa "family day" di Taman Rimba Pulau Pinang. |arzmohdhaniffa photography| Kasut Alisya yang comel Tahun ini juga negara mempergiatkan program "Visit Malaysia 2014", alang-alang program ini berjalan saya juga berharap entry ini dapat membantu sikit sebanyak program negara. Mungkin jugak dengan post ini dapat membantu "Visit Penang 2014". Mula rasa macam nak guna bahasa english....tapi biarlah baha...