BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1 Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike. Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 50. Basika
TIPS YANG SEPATUTNYA KITA LAKUKAN DI HARI RAYA Assalamualaikum. 14 Syawal. Baru sempat nak update blog untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali arzmoha dan keluarga secara 'real life' ataupun hanya di alam maya. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap terutama dari perkataan yang di tulis di blog ini. apa aktiviti yang sepatutnya kita lakukan atau aktiviti di hari raya? Eid Mubarak ada tak yang mengenali Cik Puteri? Dia dah pun meninggi dengan jayanya. Sama tinggi atau lebih tinggi dari mama dia? hehehe rasa macam lebih tinggi. AKTIVITI DI HARI RAYA Kalau kita anak-anak 80an, rasanya kita tahu apa yang sepatutnya kita lakukan atau buat di hari raya. Sebab zaman tu adalah bukan zaman Teknologi di hujung jari. Betul, zaman tu kita boleh nampak dalam komik, majalah, surat khabar bercerita tentang dunia di hujung jari tapi belum digunakan sepenuhnya, berbanding anak-anak hari ini sehinggakan kunci 'homestay' hanya menggunakan kata kunc