Skip to main content

Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth

Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth

Roti Canai merupakan makanan yang sangat popular di Pulau Pinang terutama sebagai sarapan pagi. Saya ada kongsikan di Instagram dan Facebook sehingga ada yang bertanya  "kat mana ni?". Jadi saya rasa nak kongsi mengenai Naina Roti Canai yang agak baru berbanding roti canai lain yang mana agak popular dengan kuah kari daging berwarna merah. Ada masa saya kongsi nanti 4 Roti Canai Paling Sedap dan Best Di Penang.

naina roti canai, roti canai kuah atas, roti canai telur mata, roti canai penang style, Naina Roti canai di penang dengan mural rajinikanth, roti canai di penang waktu pagi, roti canai sedap penang, 4 roti canai sedap di penang, apa yang menarik di naina roti canai, makan pagi di penang, mural rajinikanth di warung roti canai,
Roti Canai Telur Mata

Terdapat beberapa tempat atau warung roti canai yang menyediakan bersama kuah kari daging berwarna merah. Memang tak dinafikan kuah kari sebegini sedap. Biasanya akan dicampur dengan kuah dhal. Bagi mereka yang tidak biasa, kali pertama mungkin boleh menyebabkan sakit perut. Sebab kuah kari ni pedas sikit. Jadi kuah kari daging dicampur kuah dhal sesuai bagi yang baru rasa buat pertama kali.

Betul ka sedap? Baik...lain orang lain rasanya. Bagi saya yang agak kurang memilih boleh dikatakan sedap. Tetapi bagi orang lain saya tak pasti, datang dan cuba sendiri. Ok?

APA YANG MENARIK DI NAINA ROTI CANAI PENANG


Apa yang boleh saya katakan tentang apa yang menarik di Naina Roti Canai ni? Semestinya rasa. Kalau tak ada rasa saya mungkin tak makan disini. Menu yang biasa saya makan sekiranya menjejakkan kaki di waktu pagi adalah Roti Canai Telur Mata + Kuah Taruk Atas cuma kadang-kadang tu saya mintak daging.

Selain dari tu ada juga tengok beberapa pelanggan lain yang mencuba roti bakar telur goyang (letak telur mata di atas). Yang ini biasalah mana-mana tempat pun rasa sama.

Kedua daripada 4 warung roti canai terbaik di penang, hanya di Naina Roti Canai Penang ini saja yang terdapat mural Rajinikanth. Mungkin kalau nak bergambar buat kenangan menarik lah.

Ketiga, dalam keempat-empat warung ini Naina juga yang agak kurang pelanggan berbanding tempat lain. Nak kena tunggu, memang malas. 


Naina Roti canai di penang dengan mural rajinikanth, roti canai di penang waktu pagi, roti canai sedap penang, 4 roti canai sedap di penang, apa yang menarik di naina roti canai, makan pagi di penang, mural rajinikanth di warung roti canai,
Rajinikanth di Naina Roti Canai

Harga rasanya lebih kurang. Saya pun tak berapa pasti berapa harga sekarang. Main order dan makan terus bayar. Jadi tak boleh nak cerita sangat bab harga. Datanglah sendiri dan cuba.

Kat mana Naina Roti Canai Penang? Guna saja google maps dan taip Naina Roti Canai. Insyaallah jumpa. Kalau tak silap masih lagi di Jalan Transfer. Rupa kedai seperti di bawah ( gambar kredit pada google street) Mungkin nampak berbeza sedikit sebab sekarang dah ada bumbung. Parking mudah di tepi-tepi jalan.


Naina Roti Canai

Setakat ini dahulu yang sempat saya kongsikan. Insyaallah akan datang saya kongsikan 4 Roti Canai Sedap dan Best Di Penang. Terima kasih kerana sudi membaca Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah.

Comments

  1. wah, mural rajinikanth...aritu pegi penang tak jumpa pon mural ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa kedai ni. Memang boleh nampak dah mural rajinikanth

      Delete
  2. Roti canai satu menu rutin...rasa PC sentiasa menjadi pilihan waima di lain negeri pun...kuahnya ngam..rotinya lembut..pasti menjadi buruan...

    ReplyDelete
  3. sedapnya roti canaii. siap telur mata kuning cair lagi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah biasa makan macam ni. Memang sedap walaupun tanpa daging

      Delete
  4. menyelerakan. kalau ke Penang nanti, nak try cari kedai roti canai ni. nak bergambar dengan Rajinikanth je hihi

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah ja nak jumpa kedai ni...guna google maps lagi senang

      Delete
  5. Tergoda tengok roti canai telur mata tu.
    Berselera tak makan saing-saing dengan Rajinikanth? :)

    ReplyDelete
  6. Menarik...Penang mmg tak pernah menghampakan kalau cerita pasal makanan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally dah sampai Penang sebelum ni ka. Boleh dikatakan macam tu ja...jarang menghampakan.

      Delete
  7. tgk gambar pun nampak sedap..:)

    ReplyDelete
  8. perghhhhhhhhhhhhh
    ada mural rajnikanth
    bestnya
    kalau saya memang dah gigih pergi duduk sebelah mural tu bergambar
    haahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha segan pula nak duduk dekat situ. Lagipun selalu ke sini

      Delete
    2. owhhh
      hahahaha
      kalau orang luar okay lah kut duduk tepi mural tu sambil buat gaya padaiyapa

      Delete
  9. pergh !! telo goyang tu yang win tu bang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...memang biasa di penang...kalau di shah alam restoran hakim tu nasik lemak letak telur camni kan?

      Delete
  10. best tu roti canai, kak ana suka banjirrr haha, tapi kan kak ana takut betul dengan hero Tamil tu, tak tahu kenapa tak pernah tgk filem beliau tapi memang tak berani tgk muka dia, takut je ,pelik kan haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yaka...baru tau ni...heheh tapi best lakonan dia...

      Delete
  11. Terkejut, ingatkan rajnikan datang makan kt situ 😳 KM dtg penang tak sempat nak round semua. Kena cuti panjang kot. Baru boleh teroka makanan sedap kt sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kena tulis siap-siap nak kena mana baru boleh sampai

      Delete
  12. Kalau dtg penang boleh try pekena ni...

    ReplyDelete
  13. nnti Arz bawa kami plak..

    ReplyDelete
  14. wow menarik Naina Roti Canai ni. nnti abg arz kena bawa saya kalau saya dtg sana

    ReplyDelete
  15. Lepas ni ramai la org datang nk bergambar dgn Rajnikanth.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su