Skip to main content

TERBARU Astro Preview Percuma 48 jam

Cara Terbaru Dapatkan Astro Preview (prebiu) Percuma 48 jam

Cara Terbaru dapatkan Astro Preview Percuma 48 jam | Kalau sebelum ini aRz ada kongsikan pada semua Cara langgan prebiu Astro percuma 48 jam. Setiap pelanggan astro boleh memohon preview ini setiap 6 bulan untuk setiap pek atau pakej di channel 200. Kalau anda perasan channel 200 dah pun dinaiktaraf tetapi masih boleh melanggan preview astro percuma. Siapa yang tak mahu menonton dengan percuma kan? Dapat santai bersama keluarga di rumah layan filem dan sebagainya.

Cara Untuk Langgan Astro Preview Percuma

Sebenarnya cara langgan astro preview ini adalah sama dengan sebelum ini. Cumanya selepas channel ini di naiktaraf ianya agak mengelirukan sedikit untuk mendapatkan preview percuma. Kebetulan Sabtu Ahad lepas ada masa lepak depan televisyen rupanya senang saja nak dapatkan Astro Preview Percuma 48 jam ini.

Langkah pertama : masuk ke channel 200 dan pilih 'purchase'

cara dapat pakej astro percuma, astro preview percuma, astro percuma, tips dapatkan astro percuma,
langkah 1 paparan pertama

Langkah kedua : pilih 'view all packs'

cara melanggan astro preview prebiu percuma, astro percuma 48 jam, tonton astro percuma,
langkah 2 pilih 'view all packs'

Langkah ketiga : selepas itu akan keluar bermacam pek atau pakej yang ada. Guna remote astro untuk ke kanan dan turun ke bawah sampai anda menemui pek atau pakej yang anda minat.


cara langgan astro preview percuma 48 jam terbaru, terbaru cara dapatkan channel astro percuma, astro percuma 48 jam, tips tonton astro percuma,
langkah ketiga : ke kanan dan scroll pek atau pakej yang anda minat

Langkah keempat : Dah jumpa pek atau pakej yang anda minat, Klik ke kanan atau ok.
Sehingga terdapat 3 highlight berwarna pink. Kemudian klik butang kuning preview.

p/s : pastikan keluar 3 highlight warna pink...seperti gambar di bawah. baru klik butang kuning preview

langkah keempat ; pilih menu pastikan ada 3 highlight bewarna pink

Langkah kelima : Selepas klik butang kuning "preview". Akan kelihatan mesej seperti dibawah.
Ikuti langkah tersebut dan sleepas 5 minit anda akan dapat menonton selama 48 jam percuma.


Langkah kelima ikuti langkah yang diberikan.

Sebaiknya langgan pada hari yang anda biasa berada di rumah contoh pada hujung minggu. jumaat malam dah boleh melanggan. Jadi Sabtu dan ahad boleh menonton bersama keluarga. Selepas dinaiktaraf lebih banyak channel yang anda boleh dapatkan preview astro percuma 48jam.

UPDATED| Cara Melanggan Preview Astro Menggunakan WEBE?

Ini adalah kemaskini terbaru yang saya sendiri cuba baru-baru ini. Selepas bertukar telco dari U Mobile ke WEBE. Apa yang saya hadapi adalah kegagalan menghantar kod yang diberikan melalui SMS. 

Apabila saya menghantar sms ke 33888 saya akan mendapat semual sms berbunyi " RM0 You have sent to an invalid shortcode. Pls check with the shortcode service provider. Thank you "

Ini adalah kerana WEBE tidak support menghantar sms ke 5 nombor. Satu masalah baru untuk menggunakan servis Astro Preview ini. Dalam masa yang sama saya mendapat jawapan kepada persoalan yang ditanyakan sebelum ini di ruangan komen.

Cara untuk Melanggan Astro Preview sekiranya menggunakan telco WEBE? Caranya adalah anda perlu menggunakan telefon yang menggunakan telco lain selain WEBE.

Ada masalah tak bila guna no telefon orang lain? Sebenarnya tiada masalah. Ini kerana yang code yang diberikan pada setiap akaun astro adalah berlainan. Saya mencuba baru-baru ini menggunakan nombor telefon orang lain dan BERJAYA.

Sekiranya terdapat masalah anda boleh meninggalkan soalan dibawah. Insyaallah saya cuba membantu. Jangan lupa kongsi bersama keluarga dan juga rakan. Preview ini boleh dilanggan setiap 6 bulan sekali. Gunakan dengan bijak.

Terima kasih kerana sudi membaca TERBARU Astro Preview Percuma 48 Jam

Comments

  1. :) :) :) wah...terima kasih kongsi stey by step ni..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. tak terjebak sangat dengan astro ni, just tengok korean je

    ReplyDelete
  3. Oh! baru Mrs. A faham.
    Kita kena buat langkah-langkah ini dulu.
    Ada Astro promote kat screen dia yang lawaknya Mrs. A tak faham.
    Thanks for sharing ya (f)

    ReplyDelete
  4. wahhh nak try buat lah hujung minggu ni!

    ReplyDelete
  5. Ni kalau hakak yg buat takut terus terbeli je Arz bukan preview percuma hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. nafsu kna jaga.. hehehe

      Delete
    2. susah jaga nafsu, especilaly kalau drama k

      Delete
  6. pergh... nice share.. tapi saluran yg ada ni pun x tengok semua.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. best2... bleh ulang byk kli la yak preview tu. hehehe

    ReplyDelete
  8. Kalau astro njoi boleh ke?

    ReplyDelete
  9. Kalau astro njoi boleh ke?..

    ReplyDelete
  10. menarik share yg lengkap langkah demi langkah
    mcm mana nak mlanggan .. :)

    ReplyDelete
  11. jarang sebenarnya kami tngk tv ni kecuali berita atau rncgn yg menarik mcm agrotek, agro jurnal, majalah 3

    ReplyDelete
  12. Last two weeks balik kampung ada cuba buat.
    Tapi tunggu reply takde pulak :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nombor yang sama daftar pads akaun astro tu?

      Delete
  13. Kenapa sy buat lps 48 jam still ada je xstop pun.. mcm mana tu??abes la bil akan dtg... ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hati hati pada langkah 4...ikut langkah satu persatu...sekiranya tak tekan butang kuning memang akan subscribe pakej yang kits pilih...

      Delete
  14. boleh banyak-banyak kali buat tak untuk banyak-banyak kali free? hee..

    ReplyDelete
  15. hai .. lpas 48jam masi ble tgk .. knpa tu ? dh tekan preview yg kuning tu ..
    dlm sms pn kata exp date : 16/7/17 jam 8 pagi ..
    tp x stop2 lg .. mcmna nak stop kn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai...sebelum saya menulis artikel ini saya terlebih dahulu mencuba 2 3 kali.

      dari pengalaman saya siaran ini akan berhenti secara tepat pada 48 jam...cuma adakalanya masih boleh menonton melebihi 48 jam...

      sekiranya lebih dari 12 jam tuan boleh cuba menghubungi astro ini kerana ianya sebahagian dari produk astro secara SAH

      Delete
    2. UPDATE : Adakalanya memang PREVIEW astro lambat dihentikan. Sekiranya masih boleh menonton selepas 48 jam apa perlu buat?

      Tak perlu buat apa-apa...layan saja kerana ianya FREE

      Delete
  16. Sekarang ni tinggal 10 minit ja ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti mengenai 10 minit ini...saya akan periksa dan update secepat mungkin...terima kasih bertanya

      Delete
  17. kalau astro dh kena potong boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kurang pasti....semasa saya cuba akaun masih dalam keadaan aktif

      Delete
  18. aku buat asl tk abis2 prebiu ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehingga 19 nov 2017, Astro berikan tayangan percuma untuk semua siarannya

      Delete
    2. rasanye seminggu laa dy bagi prebiu skang..

      Delete
  19. haha aku start buat 21hb sepatutnya habis 23hb..tp smpai skrg boleh tgok lagi..dh 27hb dh ni..jangan bil dtg tgk banyak nk kene bayar naya lah😓

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut step yang saya berikan...insyaallah memang percuma..mungkin astro sendiriterlupa untuk potong

      Delete
  20. Assalam..
    Saya pun gitu juga..buat 25hb Nov tapi masih boleh menonton sehingga hari ini..harap xde hidden charge la ya..😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah tak ada kalau ikut cara yang betul...saya sendiri pun alami perkara yang sama...

      Delete
  21. Kenapa saya tak boleh hantar sms?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ianya ada kena mengena dengan nombor yang berdaftar dengan astro

      Delete
    2. Maaf nk tnya nk sms tu guna fon ikut ka no mna pon? K mcm mna? Xfaham

      Delete
    3. baca penerangan yang saya update di atas

      Delete
  22. Stepnya
    1. Kod yg diberi
    2. Send ke 33888 kan

    Ke perlu sms "movies" dahulu then kodnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak perlu...sms apa hanya code yang diberi sahaja

      Delete
  23. haha saya dh buat super pek plus 1,2,3,4..so boleh buat lg kan super pek yg biasa 1,2,3,4?dia smua ada 8 pek kan?

    ReplyDelete
  24. Dah buat langgan prebiu, tp dia kata tggu 5 minit, tp dah dkt sejam tak aktif prebiu tu..mcm mana eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikukan tiada masalah....kalau gunakan kod yang keluar di skrin tv kita....nombor tidak jadi masalah untuk guna nombor sesiapa pun...


      tapi perlu ingat hanya Astro Njoi tidak boleh

      Delete
    2. Lepas send sms tu kena terus tengok siaran tu. Contohnya dah send sms untuk tengok warner tv, terus alih siaran 715 untuk tengok.

      Delete
  25. bro nk tanya adakah prebiu ni terhad kepada lapan pek (spr pack 1-4 dan spr pack plus 1-4) jer??klau pakej single mcm boo..astro cricket..tayangan hebat ..( yg pakej selain lapan pek) tu boleh buat jugak ker prebiunya??

    ReplyDelete
  26. assalam bro...sorry ganggu..yg prebiu astro tu ada org tanya aku..selain sper pek 1-4 dan sper pek plus 1-4 ..yg lain tu bleh buat jgk ka...contoh setanta sports ka...astro cricket ka....

    ReplyDelete
  27. Kalau pakej biasa tanpa hd boleh dpt jugak ke channel hd bila prebiu ambil superpack?

    ReplyDelete
  28. rasanya tidak tertakluk kepada channel HD

    ReplyDelete
  29. Ya masih boleh buat...Yang penting bukan pemilik NJOI

    ReplyDelete
  30. saya buat previu tu yg percuma 2 hari....lepastu saya sempat tengk sehari je, sehari lahir saya takde dekt rumah...dalam 3 hari seterusnya previu tu masih ade...jd kene byr ke tak tu? tolong someone jawab

    ReplyDelete
  31. kalau lebih 48 jam kene byr ke? saya buat previu percuma ni tapi dh lebih 2 hari dh...mcm mane bil astro bulan ni😢

    ReplyDelete
  32. Maaf lambat balas. kalau dapat sms Previu percuma jangan risau memang tak perlu bayar walaupun lebih dari 3 hari. Saya sendiri pun pernah rasai pengalaman ini. Dont Worry.

    Cuma sekiranya tak daapt mesej previu percuma yang itu perlu call segera astro cakap tersilap.

    Harap jelas ya

    ReplyDelete
  33. Untuk Pengguan NJOI... harap maaf tak boleh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...