Sistem Penghadaman Yang Baik Bantu Anak Kuat Dari Dalam
Sistem Penghadaman Yang baik Bantu Anak Kuat Dari Dalam | Anak itu satu anugerah yang tidak ternilai. Mana-mana pasangan sekalipun pastinya ternanti-nanti kelahiran anugerah ini. Dari dalam kandungan sehingga anak kecil ini membesar sudah pasti tidak pernah hilang kerisauan dari minda ibubapa. Sejak anak kecil ini lahir lagi sudah pasti ibubapa telah memikirkan makanan yang baik, pembelajaran, pemakaian, dan pergaulan serta kerjaya mereka satu masa nanti. Tiada ibubapa di dunia yang tidak pernah risau mengenai anak mereka. Ianya normal. Sekadar berkongsi mengenai sistem penghadaman yang baik bantu anak kuar dari dalam.
Sistem Penghadaman yang baik bantu anak kuat dari dalam |
Aktiviti Bersama Anak Diluar Rumah Bantu Bina Keyakinan Diri Anak-Anak
Anak-anak sangat istimewa, dari lahir sampai besar ibubapa ambil berat dari perkara yang kecil sehingga perkara besar contoh dari penghadaman sehingga mereka berkahwin kelak. Setuju? Itulah istimewanya anak-anak. Bila merasakan mereka ini istimewa secara tidak langsung kita akan kongsikan masa bersama sepanjang mereka membesar. Aktiviti bersama anak-anak diluar rumah membantu mereka membina keyakinan diri. Sedar atau tidak untuk membina keyakinan diri mereka perlu ada kekuatan dari dalam.
Anak ini membesar mengikut peringkat, setiap peringkat kita perlu memilih aktiviti yang sesuai buat mereka. aRz akan sentiasa menyokong setiap aktiviti-aktiviti di luar rumah tidak kira samada bermain di atas pasir, air, mahupun melompat di atas trampoline dan juga siang ataupun malam. Ini kerana mereka sedang membina keyakinan diri. Mereka adalah pemimpin masa depan.
Bermain kucing salah satu aktiviti diluar rumah |
Bermain Air Antara aktiviti luar rumah yang membantu membina keyakinan diri |
Aktiviti seperti ini memberikan mereka peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Secara tidak langsung mereka dapat menambah keyakinan diri dan membuatkan mereka sentiasa positif dan ceria. Siapa suka anugerah indah ini tidak ceria ?
aRz tidak risau bersama meluangkan masa untuk aktiviti luar rumah bila anak kecil mempunyai kekuatan dari dalam. Kuat dari dalam sebenarnya memastikan mereka sentiasa sihat dan aktif.
Mungkin tidak ramai anak kecil di dunia ini berani dengan serangga kecil seperti lipas. Aktiviti luar rumah baru-baru ini mendedahkan anak saya supaya berani melihat dan mengenali serangga kecil. Membina keyakinan diri anak-anak kecil ini bukan mudah tetapi jika tahu caranya ianya mudah. Mereka juga perlu kuat dari dalam supaya keyakinan diri dapat dibentuk. Bak kata orang "Sihat didalam kuat diluar"
Mendekati alam semulajadi | Bina keyakinan diri |
Pastikan Anak Kecil Kuat Dari Dalam Untuk Membina Keyakinan Diri
Ada beberapa cara untuk memastikan anak kecil atau anugerah terindah ini kuat dari dalam. Dengan kuat dari dalam membantu mereka membina keyakinan diri dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam kehidupan kelak. Pemakanan adalah antara perkara yang penting untuk memastikan anak kecil kuat dari dalam. Masa bayi pemakanan yang terbaik adalah susu ibu. Susu ibu mengandungi semua khasiat dan vitamin tanpa sebarang kesan negatif pada anak. aRZ juga menyokong penuh hasrat isteri untuk 'breastfeeding' sehingga 2 tahun. Selepas dari 2 tahun kami mula risau mengenai pemakanannya. Selain daripada makanan yang berkhasiat seperti sayur, ayam dan daging kami juga berikan susu tambahan untuk memenuhi keperluan Cik Puteri untuk membesarkan dan sihat.
Untuk memastikan Cik Puteri sihat dari dalam antara perkara yang paling penting adalah proses penghadaman. Penghadaman yang baik memastikan Cik Puteri Aktif, sihat dan mempunyai emosi yang baik dalam membina keyakinan diri. Ibubapa sendiri pun jika mempunyai masalah penghadaman, kita akan gelisah, sukar mengawal perasaan, dan mungkin tidur sepanjang hari. Perkara ini yang kita mahu elakkan dari anak-anak.
Sebab itu aRz memastikan Cik Puteri mendapatkan susu tambahan yang baik untuk memenuhi keperluan ketika pembesarannya. Friso Gold yang mana kaya dengan nutrien yang struktur asal walaupun selepas diproses. Mungkin ada yang belum tahu bahawa Friso Gold lebih terkenal dengan Nature & Science. Susu yang dihasilkan oleh alam semulajadi dan ditambah baik dengan sains tanpa merosakkan nutrien penting dalam struktur asal di dalamnya. Susu yang terhasil dari ladang di Holland dengan 19,000 ladang ternakan lembu serta 140 tahun pengalaman menghasilkan dan memproses susu sudah tentu mampu menghasilkan yang terbaik untuk anak kita.
Dengan nutrien yang cukup samada daripada makanan tambahan seperti sayur, daging dan buah buahan, susu tambahan yang baik juga mempu memastikan anak kita mempunyai kesihatan penghadaman yang baik. Penghadaman yang baik berfungsi membuang semua yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Secara tidak langsung anak kecil yang kita sayang ini mempunyai daya ketahanan yang baik untuk kekal aktif dan sihat.
Friso Gold kini menambah baik dengan LocNutri suatu proses sains untuk memberikan yang terbaik untuk anak kecil kita tanpa merosakkan nutrien dalam struktur asal yang diperlukan bagi memudahkan proses penghadaman. Penghadaman yang baik membuatkan anak kita sihat sebab dalam proses tersebut menyingkirkan segala yang tidak diperlukan dalam badan. Bila sihat dalaman, emosi dan perasaan mereka menjadi ceria dan bersedia untuk aktiviti di luar yang mencabar.
Friso Gold dengan teknologi LocNutri membantu mengekalkan nutirisi yang baik |
Percayalah bila anak sihat dan aktif ibubapa secara tidak langsung ceria dan dapat memfokuskan aktiviti-aktiviti untuk membina keyakinan diri dalam anak-anak supaya mereka bersedia mengharungi cabaran di hari mendatang. Waktu bersama memberikan kesan positif dalam hidup supaya kita sihat dan dapat melakukan aktiviti yang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bukan sahaja untuk jangaka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang kekuatan dalam yang baik membuatkan anak-anak dapat fokus dalam pembelajaran mahupun sukan serta membina kejayaan dalam hidup.
Keluarga Ceria Kami |
Cubalah hari ini Friso Gold dengan warisan Nature & Science serta teknologi LocNutri dengna penjagaan kualiti yang terbaik dalam menghasilkan susu untuk anak yang sihat dari dalam.
Terdapat pelbagai produk yang disediakan untuk anak anda mengikut peringkat umur.
Rujuk disini >> Produk Friso Gold
Dapatkan sampel Friso Gold untuk anak anda disini >> Sampel Friso Gold
Bacaan lanjut di Friso Gold Malaysia
Bacaan lanjut di Friso Gold Malaysia
Sebarang pertanyaan :
Friso Gold Careline : 1-800-88-1647
Isnin-Jumaat : 8:30am hingga 4:30pm
atau emailkan ke
frisogoldcareline@frieslandcampina.com
Reen kalau ada anak pun.. Seboleh2 akan prefer mereka main kat luar atau dalam rumah dari bermain gadget.
ReplyDeleteDorang nak panjat pokok ke.. Main lari ke.. Main lecak ke.. Main hujan ke. Main lah.. Yang penting no gadget..
Dari situ tumbesaran otak mereka lebih berkembang.. Macam zaman kita kecik2 dlu. Eceh ceh :p
friso... dah terbukti keberkesanannya utk kanak2
ReplyDelete