Nasi Kandar Mohamed Raffee Pulau Tikus Antara Nasi Kandar Paling Sedap Di Penang
Kalau bercerita mengenai nasi kandar tentunya Pulau Pinang adalah syurga nasi kandar terbaik di Malaysia. Kalau nak makan nasi kandar yang sedap, sempoi dan terbaik kena tanya orang Pulau Pinang sebab di negeri ini ada bermacam-macam nasi kandar. Kali ini aRz nak kongsikan mengenai Restoren Nasi Kandar Mohamed Raffee yang terletak di Pulau Tikus. Ianya boleh dikategorikan antara nasi kandar yang paling sedap di Pulau Pinang. Jom baca lagi kalau nak tahu lebih lanjut apa menu istimewa dan lokasi sebenar....
Nasi Kandar Mohamed Raffee Pulau Tikus |
Macam aRz kongsikan di atas tadi, kalau nak makan nasi kandar yang best, sedap atau sempoi kena tanya orang Pulau Pinang. Kadang tengok orang luar datang ke kesini asyik mencuba nasi kandar yang sama. Adakala kena cuba sesuatu yang lain yang jarang di viralkan di media sosial. Antaranya nasi kandar raffee ini. Kalau dulu sebelum berkahwin, tempat ini selalu menjadi lokasi lepak pada malam hari.
Gambar warung Nasi Kandar Raffee suatu ketika dahulu di Batu Gantong | sumber |
Nasi kandar Raffee juga sebenarnya sudah beroperasi sejak 1959. Gambar di atas merupakan lokasi lama di batu gantong. Entah tahun bila dikongsikan semula di Facebook milik mereka sendiri.
Setiap nasi kandar di Penang biasanya mempunyai tarikan tersendiri dan tak sama, ada yang menarik pada menu utama contoh ayam goreng, daging, telur bawang dan ada juga yang menarik dari segi kuahnya pekat atau cair. Tetapi itu kelebihan masing-masing.
Apa Menu Menarik di Nasi Kandar Mohamed Raffe Pulau Tikus?
Biasanya orang tanya apa yang menarik kat sini? Macam baru ni bawa kawan sepejabat ke sini depa (mereka) tanya soalan macam tu. Bagi aRz secara peribadi yang memang suka ayam goreng, Ya....ayam goreng yang berwarna merah mungkin diperap dengan rempah membuatkan terasa perghhhh memang best. (tengok gambar dibawah)
ayam goreng istimewa nasi kandar raffee |
Antaranya menu yang ada macam kari ayam, ayam masak madu, kari ikan, kari daging, telur bawang, ayam goreng dan macam-macam lagi. Kalau ke sini aRz biasanya memilih ayam goreng, telur bawang, kuah campur dan jangan lupa bagitau "kuah daging sikit". Banyak nasi kandar di pulau pinang memang mempunyai kuah atau kari daging yang sedap atau penaik selera.
Payung sikit gambar nasi kandar raffee yang dibungkus |
Lupa pula nak cerita ambil lauk macam aRz pilih ( ayam goreng + telur bawang) harga terkini ( mungkin berubah dimasa akan datang) adalah RM 9. Bagi aRz berbaloi sebab ayam goreng sangat besar iaitu dari bahagian atas paha dan paha. Sebenarnya kalau ambil ayam goreng saja pun dah cukup sebab bahagian ayam dan cukup besar.
Nasi kandar Raffee yang dibungkus |
Lain orang lain rasa, lain orang lain cara. Ada yang meminati kuah kari ikan, ada yang meminati kuah kari ayam, ada juga suka kari daging. Betul tak? Tak mustahil juga ada yang suka makan di terus di warung atau kedai ada juga yang suka bungkus. Ada yang suka makan panas-panas ada yang suka tunggu sejuk dahulu tak ada hal pilih yang mana anda suka....bagi aRz kesemuanya pernah dicuba mengikut keadaan dan masa.
sebelum terlupa...Tak perlu terburu-buru Nasi kandar Raffee dibuka 24 jam....ada juga cawangan lain di Beach Street ( Lebuh Pantai ) tutup pada hari Sabtu dan Ahad...
Lokasi Nasi Kandar Mohamed Raffee Pulau Tikus Penang
Dari awal lagi dah sebut Pulau Tikus Penang. Cuma kali ini aRz sertakan peta dari google untuk memudahkan anda untuk mengenalpasti lokasi sebenar. Sebabnya jalan raya sekitar nasi kandar ini dah berubah kepada satu hala. Tempat letak kereta juga agak terhad pada waktu bekerja. Rancang perjalanan supaya memudahkan juga anda nanti.
Tak semestinya yang ramai orang itu sedap. Di Penang ada banyak warung atau restoren yang sedap dan lain rasa dari yang lain. Sebenarnya nasi kandar ini murah kalau tahu lauk yang sepatunya di cuba. Sekiranya bercuti ke Pulau Pinang jangan lupa mencuba Nasi Kandar Mohamed Raffee atau lebih popular panggilan nasi kandar raffee Pulau Tikus.
Ada masa aRz kongsikan lagi nasi kandar yang terbaik di Penang.
Ada masa aRz kongsikan lagi nasi kandar yang terbaik di Penang.
Selamat menjamu selera dan jumpa lagi.
ayamnya merah menawan..mesti sedap ni
ReplyDeleteayam dia berwarna merah menawan buat teringat-ingat hehe
Deletekat situ ada yang kata specialty dia AYAM GULAI.. siap ada ofismate yg review kata ayam gulai kat situ MELTS IN YOUR MOUTH!.. hahahaha
ReplyDeletehari tu dah tengok ayam gulai...tapi ayam goreng kemerahan memanggil manggil hahahah...
Deletehari tu pi ada customer beratur kat depan tanya ada ayam gulai tak, dia kata ayam gulai x siap lagi tengah masak, lagi 10 minit. customer tu sanggup pi beratur kat belakang balik tunggu ayam gulai dia siap, baru buh nasi kandaq.. hahaha
ReplyDeletetu dia aih....ni mesti selalu try ayam gulai saja ni....
DeleteLama tak makan nasinkamdar penang di tanah penang. Sejak habis belajar dah 8 tahun. Baca rebiew ni terbau aroma larintu. Hehe
ReplyDeletesebenarnya memang tak sama nasi kandar di penang dan diluar penang...walaupun ada cawangan tetap tak sama...tak tahu kenapa
DeleteTerliurnyaaa tengok. Tasabaaar nak ke Penang bulan satu nanti :)
ReplyDeleteselamat datang ke penang....banyak nasi kandar yang terbaik di penang ni
Deleteayam goreng istimewa yang sedap tu.
ReplyDeletememang sedap tapi tak boleh selalu hehe
DeleteSaya mula tak mahu komen. Tetapi tak tahan dengan gambar ayam tu. Masa saya muda dulu biasa duduk di tanjung (faham kan). Balek sekolah lalu kedai nasi kandaq. Terlior saja. Duit tak ada. Bau nya saja buat perut satu macam. Gambar ayam goreng dan kuah meleleh tu kurangnya cuma tidak boleh bau saja.
ReplyDeletetanjung mesti faham...hehehe owh tinggal sini rupanya....
Deletesaya pun masa kecil kurang nasi kandar...sebab lebih banyak makan di rumah...
bila dah bekerja baru banyak makan luar
Mgkn sebab akak bukan asal Penang, kurang gemar jika kuah melimpah nasi, mungkin boleh cuba jika ke sana..
ReplyDelete(Yg ni hello2 aRz gayanya, hu3)
insyaallah sila lah....
Deletesampai penang call atau whatsapp kak...kalau boleh maklum awal... hehe
Nnt aRz WA akak ya, byk no terdelete, ntah naper.. ~_^
DeleteNnt aRz WA akak ya, byk no terdelete, ntah naper.. ~_^
Deletetgk gmbr pun dh best..heheh
ReplyDeletehari mai penang tak sempat bawa
DeleteMeliurkannnn :)
ReplyDeletekena mai cuba kak idzwa
Deletepak cik sy ddk kt pulau tikus. kalu sy dtg dia mmg belikan nasi kandar... tp xtau laa dari kedai mn dia beli mgkn kedai ni kot..
ReplyDeleteTak boleh tahan tgk ayam tu...
ReplyDeletemasuk list food hunt. tapi tataw bila boleh p
ReplyDeleteTerima kasih atas informasinya yang sangat penting izin shared buat belajar di rumah
ReplyDelete