Skip to main content

TeddyVille Museum Penang | Museum Teddy Bear Pertama Di Malaysia Dengan Koleksi Terbanyak Yang Wajib Anda Lawati

TeddyVille Museum Penang | Museum Teddy Bear Pertama Di Malaysia Menarik Dengan Koleksi Terbanyak Yang Wajib Dilawati

Tahukah anda TeddyVille Museum merupakan Museum Teddy Bear Pertama di Malaysia dan merupakan koleksi terbanyak dari pelbagai negara dan era seawal 1900. Dengan keluasan 9000 kaki persegi bakal menjadi tempat yang wajib dilawati di Penang dan menambah tempat menarik di Penang yang wajib anda lawati. Apa yang menarik di museum ini? Teruskan membaca Banyak yang aRz akan kongsikan termasuk harga tiket ke Teddyville Museum, lokasi dan apa yang terdapat di Museum ini.

teddyville museum penang, museum teddy bear pertama di malaysia, tempat wajib dilawati, tempat menarik di malaysia, tarikan baru di pulau pinang, lokasi teddyville museum, teddy bear steiff,
Cik Puteri di TeddyVille Museum Penang

Mengapa TeddyVille Museum Menarik dan Wajib Dilawati Di Penang?

Sebelum aRz kongsikan apa yang menarik di TeddyVille Museum ini, nak cerita sikit berbalik kepada entri sebelum ini. Inilah antara 3 destinasi yang sebahagian dari Blogger Utara sempat lawati. Kebetulan juga museum ini walaupun dipenuhi dengan hampir ratusan teddy bear ada berkait dengan kemerdekaan. Percaya atau tidak? Baca sampai habis.....

Sebahagian dari Blogger Utara yang mengabil bahagian

Antara perkara menarik yang terdapat di TeddyVille Museum yang pertama sekali selepas membeli tiket anda perlu memakai pelekat khas yang disediakan. Comel pelekat ini. Selepas habis nanti buka dan simpan elok-elok buat kenangan anda pernah kesini. Tapi belum cukup menarik.

Pelekat khas buat pengunjung TeddyVille Museum

Di awal kunjungan anda ke TeddyVille Museum anda akan diberikan sedikit penjelasan asal usul panggilan Teddy Bear dan mengapa kalau perhatikan sekarang ini teddy bear memakai hampir kesemuanya terdapat 'reben tie'. Kenapa erk? Jawapannya ada di museum ini...

Disini kami dijelaskan ianya bermula dari minat Presiden United States yang ke 26 Theodore Roosevelt yang suka memburu beruang. Sehingga dari kejadian itulah maka tercipta 'teddy bear' yang mana anda perlu dengar lebih lanjut di TeddyVille Museum.

Perkongian ini membuatkan anda lebih faham asal usul dan mengapa teddy bear zaman dahulu kelihatan agak bengis dan menakutkan berbanding sekarang yang comel. :) Jangan risau anda akan ditemani 'Tour Guide' yang akan membantu menerangkan dan menjadikan lawatan anda sangat menarik malah akan membantu mengambil gambar disini.

Mr Yeap General Manager Teddy Ville Museum memberikan penerangan

Di bahagian pertama anda akan dipertontonkan dengan bermacam koleksi teddy bear dari tahun 1900
yang mempunyai sejarah dan kisah tersendiri serta mempunyai nilai yang sangat mahal. Koleksi ini dibeli khas dari pemiliknya dari negara lain. Oleh kerana sejarah dan kisah tersendiri yang menarik membuatlan pihak TeddyVille Museum menjadikan sebahagian dari tontonan anda disini walaupun harganya agak mahal.

Teddy Bear paling kecil sekitar 1.5cm | TeddyVille Museum
Koleksi termahal yang dimiliki dari pemilik asal hampir RM 20 ribu, tahun 1925
1980, Anak Patung pertama di dunia mengeluarkan bunyi

3 Gambar di atas merupakan diantara koleksi Teddy Bear yang mempunyai sejarah tersendiri. Anda boleh melihat bagaimana 'teddy bear' di zaman dahulu. Cik Puteri sendiri pun rasa sangat teruja bila sampai di TeddyVille Museum yang dipenuhi teddy bear. Bagaimana pula jika anak anda yang ke sini? Rancang percutian anda ke sini pada musim cuti sekolah akan datang.

Bergambar dengan antara puluhan koleksi Teddy Bear bertahun lamanya

Di bahagian berikutnya pula yang menjadikan TeddyVille Museum ini semakin menarik dan bermakna ketika kami lawati di Hari Kebangsaan tempohari adalah sedikit sebanyak mengenai Sejarah Pulau Pinang, budaya, kehidupan serta penghargaan buat mereka anak Pulau Pinang yang berjaya sehingga ke luar negara.

Kota Cornwallis yang terletak di Padang Kota Lama
Teddy Bear Kapten Francis Light

Sejarah Pulau Pinang yang mana suatu masa dahulu pernah di jadikan penempatan Kapten Francis Light yang juga merupakan pengasas Pulau Pinang suatu ketika dahulu dan memberi nama Bandar George Town melalui perjanjian dari Sultan Kedah untuk mengelakkan Kedah dari serangan Siam dan Burma.

Tan Sri P. Ramlee Seniman Lagenda | Teddy Ville Museum

TeddyVille Museum juga memberikan penghargaan khas buat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mana bakat dan kemahirannya yang suatu masa dahulu sehingga kini diingatidan disanjungi. Seniman Lagenda kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai bakat yang tiada pengganti sehingga kini. Pemuzik, Penulis Lagu dan lirik, Penyanyi, Pelakon dan Pengarah. Alfatihah.

Datuk Jimmy Choo | TeddyVille Museum Penang

Datuk Jimmy Choo merupakan antara anak kelahiran Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan atas kejayaan pereka fesyen dan kini terkenal juga sebagai pereka kasut wanita di arena luar negara.

Weld Quay

BabaNyonya

Weld Quay atau pelabuhan Quay yang suatu ketika dahulu merupakan pelabuhan yang sangat penting di Pulau Pinang. Selain melihat koleksi teddy bear, anak kelahiran Pulau Pinang yang berjaya si TeddyVille Museum ini menceritakan serba sedikit sejarah pulau pinang suatu ketika dahulu. Kalau tak silap pelabuhan inilah yang membantu Pulau Pinang mempunyai tram suatu ketika dahulu.


Bot Naga ( Dragon Boat) acara tahunan di Penang
Acara bot naga antara aktiviti tahunan yang merancakkan lagi sukan di negeri Pulau Pinang yang diadakan di Empangan Teluk Bahang. Kalau anda memang berminat pastikan dapat pada waktu-waktu tertentu.


Musim Buah Durian
TeddyVille Museum juga menceritakan mengenai musim durian dan buah durian Pulau Pinang yang terkenal di Balik Pulau. Boleh dikatakan banyak pengunjung dan peminat buah ini pada setiap tahun. Walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal berbanding durian kampung yang biasa.

Di Museum ini boleh dikatakan menceritakan apa yang boleh anda lihat di Pulau Pinang. Apa saja. Jadi kalau singgah disini pastikan kamera anda mempunyai bateri yang cukup untuk bergambar dengna kesemua teddy bear disini.

Free Industrial Zone Penang
Perusahaan Batik suatu ketika dahulu di Balik Pulau

Char Koey Teow antara makanan yang terkenal di Penang

Warung mamak
Kedai Gunting Rambut dahulu diusahakan oleh orang India
Hospitaliti dan pakar terbaik terdapat di Pulau Pinang

Trick Art

Penang Street aRt

Lokasi TeddyVille Museum Yang Menarik Di Penang

Lokasi Teddyville Museum ini sebenarnya terletak di tingkat bawah Bangunan Double Tree Resort By Hilton Hotel Penang. Rujuk peta dibawah bagi memudahkan anda

TeddyVille Museum 
GF ( Double Tree Resort By Hilton Hotel Penang)
56, Jalan Low Yat, 11100 Batu Feringghi, Penang
Malaysia



Harga Tiket TeddyVille Museum


Dewasa                   RM 36      *mykad ( RM 27)
Pelajar                    RM 29      *mykad ( RM 22)
Kanak-kanak         RM 25       *mykad ( RM 15)
(bawah 3 tahun percuma)

Waktu Operasi TeddyVille Museum

Untuk pengetahuan anda, TeddyVille Museum ini terletak di bawah bangunan Double Tree Resort yang sedang dinaik taraf. Memandangkan kerja-kerja menaiktaraf ini belum siap maka untuk ketika ini hanya beroperasi pada HANYA hari SABTU dan AHAD.

Jam : 9 pagi hingga 6 petang

Selepas naiktaraf ini siap museum Teddy bear ini akan kembali beroperasi seperti biasa 7 hari seminggu termasuk Cuti Umum.

Steiff Teddy Bear Termahal Di Dunia

Pernah dengar mengenai Steiff Teddy Bear yang mana merupakan teddy termahal di dunia yang dihasilkan daripada bulu kambing gurun dan berkualiti tinggi. Walaubagaimanapun ianya boleh di dapati di sini termasuk keluaran Edisi Terhad. Steiff juga menghasilkan hanya satu teddy dan tidak yang sama oleh sebab itu juga harganya agak mahal dan mempunyai sijil. Sekiranya anda meminati Teddy Bear mungkin Steiff merupakan keluaran yang mesti dimiliki.

Steiff Teddy Bear

Steiff Teddy Bear
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 


Mr Yeap Eskay
General Manager
email : beary@teddyvillemuseum.com

Comments

  1. Belum tunjuk lagi pada anak2 ni, kalau deme tahu mahu merengek ajak pergi.. macam Penang sebelah rumah je deme buat.. ekekeke.. tapi memang menarik.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak memang suka kak...nasib baik anak saya sendiri tak menangis nak bawa balik teddy bear hehe

      Delete
  2. bestnye....nnti ada rezeki nak ke sana la...

    PS : Salam perkenalan....datang melawat kerana berkenan dengan entry ini...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. aa...bila tengok balik macam kurang ja gambar

      Delete
  4. Nanti nak bawak rombongan pi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah rombongan cik kiah ka rombongan meminang hehe

      Delete
  5. mcm bleh msuk list must go ni :) bile entah nk visit penang ..

    ReplyDelete
  6. nice...sejarah teddy bear..harus reapet lagi ke sana heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan...nasib baik cik puteri tak minta belikan Steiff teddy bear

      Delete
  7. saya dan anak suka patung ini sampai ada masa untuk jual kat fb hurm..tapi sayang bila ingat patung ada org beri utk sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kak siap boleh jana pendapatan

      Delete
  8. Wahhhh teruja nyer masukkk tapi kalau dah lama malam sunyi mcm seram la jugak kan..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai 6 petang ja...malam tak boleh masuk kalau malam tak tahulah ada tak orang nak masuk

      Delete
  9. Wow bestnya... anak2 pasti seronok klu berkunjung ke sini.. mmg nak pergilah nanti sekeluarga. Thanks sharing Arz :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...anak-anak perempaun lagilah....hehe

      Delete
  10. SERONOKNYAAAAAAAAA! BEAR COMEL COMEL .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa memang best zafirah.

      Dah abis matrix ka?

      Delete
  11. Ya Allah seronoknya, bertuah lah cik puteri dapat masuk muzium teddy bear feveret dia kan. Satu lagi daya tarikan yang menarik di Penang. Semoga banyakkan lagi promosi dan boleh menjadi tarikan utama ke sini:) Best !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semakin banyak tarikan...dan akan semakin jem penang bila hari cuti hehehe

      Delete
  12. nampak real Teddy bear tu, macam hidup.Ish, ni kalau saya pergi mau terbawak balik sekor

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa...nampak macam hidup...bawa balik jer hehehe

      Delete
  13. Hamboii Cik Puteri jalan tak hajak auntie pun ea..

    ReplyDelete
  14. menarik...digabungkan sekali dengan local theme...tak tau bila lg nak pi Penang..

    ReplyDelete
  15. once there were three bears
    who lived in a cottage
    papa bear
    mama bear
    baby bear
    papa bear was chubby and fat
    mama bear was slender & tall
    baby bear was the cutest one of all
    that's because he was so small

    selalu nyanyi lagu ni kat anak
    addicted korean drama hari tu
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr...ok lagu apa ni...hahah jap nak youtube...

      baru nak dengar....boleh naynyikan untuk cik puteri

      Delete
    2. owh ada versi korea rupanya huhu

      Delete
    3. yg versi korean first saya dengar. pastu google versi omputeh best.

      Delete
  16. wee macam hidup la teddy bear semua tuu .. boleh tahan la harga tiket tu.. bertambah tempat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya harga menarik...dan rasa berbaloi dengan keluasan kawasan serta apa yang di pamerkan

      Delete
  17. Wah, dekat je ni...
    Bole la pegi minggu depan. Huhu

    #pandai teddy bears tu posing.. ^^

    ReplyDelete
  18. bawak budak2 best la... bawak org tua ni boleh tengok2 ambil gambar je la.. lain la bawak awek.. hmm.. hahahaha

    ReplyDelete
  19. anak-anak dan teddy bear.....memang menarik!! bila la nak boleh terjah sini, harga tiket boleh tahan jugak untuk kami sekeluarga hehe..

    ReplyDelete
  20. toy museum lak..x perlu ke Seoul lah kat penang pun ada teddy bear museum

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis JM...tak perlu lagi ke teddy museum di seoul...tapi boleh ke tempat lain hehe

      Delete
  21. Cik Puterilah paling suka ni.
    Kelakarlah pulak tengok tadika tertua tu hihi....

    ReplyDelete
  22. Cik Puterilah paling suka ni.
    Kelakarlah pulak tengok tadika tertua tu hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik puteri memang suka....

      tadika tertua ya? kak hainom typo ka ni aiyarkk

      Delete
  23. Dok Penang tapi banyak tempat xpernah pegi lagi hehehe
    Jemput join :https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
  24. Dok Penang tapi banyak tempat xpernah pegi lagi hehehe
    Jemput join :https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
  25. Bebudak mesti suka gie sini kan, terutamanya girl lah ...

    ReplyDelete
  26. tak berapa minat sangat teddy bear. tapi klu singgah tu boleh la kot usya usya tengok

    ReplyDelete
  27. Pandai tuan promosikan tempat ini.

    ReplyDelete
  28. Pandai tuan promosikan tempat ini.

    ReplyDelete
  29. rare jugak muzium ni nohhh... dah masuk list salah satu tempat bakal dituju jika ke penang.. compirm gedik budak2 ni nanti

    ReplyDelete
  30. pernah dengar tapi tak pernah pergi lagi. alahai comelnya la bear2 tu.

    ReplyDelete
  31. Wah tak perlu pergi sampai korea nak masuk teddy bear muzium. Dekat Penang pun dah ada skrg ni. Wajib terjah ni kalau ke sana lagi.

    ReplyDelete
  32. boleh tahan harga tiket. tp agak unikla. 1st time dengar ada muzium teddy. comel jer hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su