Skip to main content

Berikan Masa Syawal Ini

Berikan Masa Syawal Ini | Selamat Hari Raya AidilFitri 1437H

Bila masuk saja bulan Syawal bermakna Ramadhan sedang meninggalkan kita. Moga bertemu lagi tahun hadapan, semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT serta dipertemukan semula di tahun hadapan. Syawal atau dalam erti kata lain Hari Raya Aidil Fitri merupakan hari yang disambut dengan gembira kerana hari kemenangan buat Umat Islam di seluruh dunia. Tetapi tidak dinafikan masih ada yang berduka. Sebelum bercerita bab duka ni...aRz nak kongsi dahulu sedikit koleksi gambar raya 2016/1437H.

gambar raya arzmoha aidilfitiri 2016, gambar raya cik puteri, #inikanraya, #seindahsyawal, #timerayaje, #berikanmasa, gambar bersalaman di pagi raya, aktiviti wajib di pagi raya,
arzmoha | Bersalam-salaman di Pagi Raya (dramatic scene)


Gambar Hari Raya Aidil Fitri 2016/1437H

Gambar Raya Aidilfitri 2016 | Tahun ini beraya di Kuala Terengganu. Bila beraya di kampung memang ada beberapa perkara kena hadap. tapi nantilah kita cerita lain. Pagi-pagi raya biasanya pakai baju cantik, memakai wangi-wangian (khas untuk lelaki) sunat makan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri, dan kunjung berkunjung ke rumah sanak saudara.

selamat hari raya aidilfitri, gambar raya 2016/1437H, gambar raya cik puteri, #inikanraya, #timeayaje, gambar abah dan anak di pagi raya, aktiviti pagi raya,
arzmoha | Anak dan abah di pagi raya

Ini gambar pertama di pagi raya. Awal-awal pagi kena bangun mandi dan bersiap nak ke Solat Sunat Aidilfitri. Kenapa?? Biasalah balik kampung semua adik beradik balik bersama suami/isteri dan anak-anak semua nak bersiap pakai baju Raya cantik-cantik. Kebetulan selepas siap pakai baju nak makan sedikit mengisi perut (perkara sunat di pagi raya) sebelum ke Masjid menunaikan Solat Sunat Aidilfitri tiba-tiba Cik Puteri keluar dengan jubahnya siap bertudung. Alahaiiii...abah tengok pun cair...

Terus ajak amik gambar...risau tudung tu tak bertahan lama. hehe.. Itu sebabnya ada gambar diatas.

Solat Sunat Aidilfitri di Masjid UNISZA Kuala Terengganu

Kebiasaannya kalau pulang ke kampung halaman isteri, Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) adalah merupakan destinasi pilihan samada Solat Jumaat, Solat Sunat Terawih atau Solat Sunat Hari Raya. Pernah juga singgah di Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersebelahan saja. Selalunya memang penuh, tahun ini solat sunat Aidilfitri dilangsungkan pada jam 8.30 pagi.

gambar raya aidilfitri, selamat hari raya aidilfitri, gambar solat hari raya di majid unisza,
arzmoha | Bersama biras dan anak sedara isteri

Lepas dari Solat Sunat Aidilfitri welfie dulu. Nak bagi nampak ramainya orang yang sudah menunaikan solat sunat Aidilfitri dan bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing untuk menikmati kuih raya, lemang ketupat, rendang dan kunjung berkunjung ke rumah sanak saudara.

aktiviti pagi raya, gambar selfie depan masjid Unisza, Masjid Unisza,
arzmoha | Welfie di luar Masjid UNISZA

Selepas dari Solat Sunat, antara perkara yang biasa mungkin semua rakyat Malaysia yang meraikan Hari Raya Aidilfitri adalah berkumpul bersalam-salaman, makan bersama serta mengambil gambar keluarga. Betul tak? Tidak dinafikan ada juga akan menziarahi kubur ibu dan ayah serta adik beradik.

Sama juga cerita raya aRz. Sebelum tu layan sikit gambar di pagi raya (maaf gambar raya kali ini hanya menggunakan smartphone Redmi Nite 4G)...

#balik kampung tak jumpa mak ayah? 

gambar keluarga di pagi raya, aktiviti di pagi raya, photoshoot gambar keluarga di hari raya,
arzmoha | 4 Biras di pagi Raya

gambar asal cik puteri bersalaman di pagi raya, gambar kanak-kanak bersalaman di pagi raya, selamat hari raya aidilfitri,
arzmoha | Gambar Asal 

Cik Puteri kadang-kadang susah juga nak ajak bergambar. Tapi pagi raya siap bertudung mood dia lain sangat. Senang nak ajak bergambar. Suruh salam macam dalam gambar di atas pun senang. Nampak macam mudah tapi berkeping juga. Nak ambil gambar anak kecil nak bagi nampak dramatic sikit bukan mudah. Gambar atas sekali tu ada sentuhan Adobe Photoshop supaya nampak bersih sikit. Kalau nak bersihkan background dulu kemudian nak pilih lokasi betul-betul alamatnya Cik Puteri hilang mood dan kesabarannya. lagipun guna smartphone saja...

Gambar kami bertiga?

Gambar raya 2016 Blogger Malaysia, aktiviti di pagi raya, perkara sunat di hari raya,  raya tanpa kedua ibubapa, senyuman raya, seindah Syawal, kosong kosong, berikan masa, gambar keluarga raya,
arzmoha | Official gambar pagi raya 

Ziarah Tanah Perkuburan  Di Pagi Raya

Ziarah kubur di pagi raya juga salah satu antara perkara yang baik. Salah ka ziarah kubur ibu dan ayah? Tak salah tetapi jangan hanya di pagi raya, atau 5 6 tahun sekali. Tapi kalau duduk jauh di perantauan balik kampung pun jmasa raya ja itu lain la. Salah juga kalau menangis sehingga meraung-raung ianya dilarang. 

Dari Abi Hurairah, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:"Menziarahi kubur, dengannya dapat mengingati akhirat. (Hadis Riwayat Ibnu Majah"

Antara adab menziarahi kubur pakailah pakaian yang baik-baik yang menutup aurat. Bukan menutup urat. Berilah salam sehingga dengar secara lisan. "Assalamualaikum Yaa Ahlal Qubur"

Boleh juga bila sampai ke kubur ibu atau ayah dengan memberi salam "Assalamualaikum yaa ummi/abi"

Sedekahkanlah Al-Fatihah, Surah Al-ikhlas dan doa.


aktiviti di pagi hari raya, selamat hari raya aidilfitri, ziarah kubur di pagi raya, adab ziarah kubur,
Tanah Perkuburan

Selepas dari Solat Sunat Aidilfitri, Makan dan bergambar bersama keluarga serta ziarah kubur macam orang lain juga kot, ziarah rumah sanak saudara. Eratkan semula ikatan persaudaraan. Balik kampung masa raya ni peluang untuk kita bemesra dengan adik beradik dan mak ayah. Cik Puteri pun puas bermain dengan sepupu-sepupu dari pagi sampai ke malam.

balik kampung, aktiviti di kampung, gambar kanak-kanak comel,
Santai bersama sepupu

Malamnya kalau tak ada aktiviti ziarah rumah saudara mara lepak depan tv tengok filem/drama ramai-ramai. Ada juga aktiviti makan-makan kambing grill di Malam Raya Kedua. Gambar di bawah ini pula gambar beraya di Penang ke rumah makcik-makcik.

Serba pink gitu

Selfie dulu sementara tunggu lampu hijau.

Banyak lagi gambar raya...tapi tak sempat nak upload kesemuanya. Cukuplah beberapa gambar yang aRz kongsikan diatas.

Apa Ertinya Raya Tanpa Ibubapa

Raya sangat beerti bila dapat bersalam-salaman dengan ibu dan ayah dan berkumpul adik beradik.Kemudiannya ke rumah sanak saudara bersama mak dan ayah. Tahun ini merupakan tahun ke-5 beraya tanpa arwah mak, tahun ke-18 tanpa arwah Abah dan tahun pertama tanpa arwah Ibu Mertua yang kembali pada april lepas. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sekalian arwah ibunda kita.

Dalam beraya ke rumah sanak saudara sebelah isteri, sempat menziarahi rumah jiran isteri satu masa lalu. Ibu ini hidup ditinggalkan keseorang bersama 2 3 orang cucu yang masih sekolah. Hairan...tertanya kemana perginya anak-anak jauh sangat ka untuk pulang ke rumah ibu, ziarah dan sambut raya bersama. 

Lebih menghairankan rupanya anak-anak masih tinggal berdekatan kawasan tersebut. Malangnya Ibu ini tidak dapat berjalan atau bergerak seperti kita manusia biasa ini.

Yang tiada ibubapa melihat orang yang masih ada ibubapa sangat-sangat beruntung. Tetapi ada segelintir yang masih ada ibubapa biarkan ibu mereka hidup keseorangan 

Ingatkah kita akan tangan ibu itu yang menyuapkan makan ke dalam mulut kita saat kita tidak mampu menyuapkan sendiri?

Ingatkah kita berapa ribu kali tangan ibu memandikan kita serta mencuci najis kita sebelum kita mampu melakukan sendiri?

Ingatkah kita akan tangan ibu yang meredakan dan memujuk kita saat kita sakit atau luka ketika jatuh?

Apa ertinya Syawal ini tanpa kedua ibubapa kita? 

Buat yang masih mempunyai ibubapa, sudahkah berbakti kepada mereka? 

Jumpa Lagi. #berikanmasa #seindahsyawal #inikanraya

Comments

  1. Salam ukhuwah lebaran maaf zahir batin untuk arz sekeluarga ya..

    ReplyDelete
  2. Selfie dulu sementara tunggu lampu hijau :) Salam Aidilfitri

    ReplyDelete
  3. comel cik puteri..selamat hri rya abg long..

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah buat ahli2 keluarga kita yang dah pergi.. CT faham. terasa benar bezanya raya kali ni tanpa ayah.. kami biasa bertiga. tiba2 tinggal berdua. huurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehilangan 2 Insan ini seakan hilang seisi dunia

      Delete
  5. nangis dah.. hmm, moga sempatlah eyja berbakti buat orang tua saya. hmm

    ReplyDelete
  6. penulisan yang sgt bagus yg memaksa saya baca sampai habis... Btw, dah lama x solat kt masjid unisza..rindu pulak my uni....

    Terasa masih belum cukup berbakti pada ibubapa...berdoa allah panjang umur my parents...belum sanggup utk berpisah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh belajar di Unisza.

      Banyakkan berbakti sebab bila mereka tiada nanti kita akan terasa sangat-sangat tak cukup berbakti.

      Delete
  7. Selamat Hari Raya Bro Arz Moha.. maf lama x berkunjung ke sini :) Comel je Si Puteri pakai tudung..

    ReplyDelete
  8. Tak tau arz balik teganu, kalo tak bole gak gi beraya, akk pun blk teganu, rmh arwah mak di losong kepok leko tu je.

    Mmg sedih beraya tanpa org tua, terasa hambar sangat, sayu pilu jgn cakaplah. Tahun ni tahun kelima akk beraya tanpa mak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa tak sempat update mengenai raya di terengganu baru ni.. owh losong dekat ja...Insyaallah nanti ada masa bleh jumpa kak azimah

      Delete
  9. selamat hari raya tuan..wahh comel sungguh anak dara pakai tudung,hehe...bila sebut ziarah kubur tetiba meremang ..hari nikita ziarah tudung,esok-esok kita pula diziarah...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita tak ajar anak-anak ziarah kubur...agaknya anak kita akan ziarah kubur kita? Selamat hari raya Irda

      Delete
  10. tudung pulak...maaf typo..hari ni kita zaiarah kubur..esok-esok mungkin kita pula diziarah

    ReplyDelete
  11. AL FATIHAH buat yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita, salam Aidil fitr penuh kasih sayang dari kak ana buat arz, akma dan cik puteri bertudung ayu tu..berapa lama tahan tudungnya tu agaknya ye...comel sangat ,Subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak ana....tak tahan lama...sampai tengahari ja..bila sepupu yang lain pun dah mula buka tudung hehe

      Delete
  12. Comelnya cik puteri bertudung. Selamat Hari Raya untuk abg aRz dan keluarga ;)

    ReplyDelete
  13. Comelnya cik puteri bertudung. Selamat Hari Raya untuk abg aRz dan keluarga ;)

    ReplyDelete
  14. Belum terlambat untuk ucap Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  15. byk gmbr raya..slmt hari raya arz. al_fatihah utk yg telah tiada..

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah boleh beraya dengan ayah tahun ni walaupun tanpa arwah ibu

    ReplyDelete
  17. hargai mereka sementara mereka masih ada

    salam lebaran 1437H

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya arz,
    cantik2nya gambar raya. paling akak suka permandangan hijau di tanah perkuburan tu
    nampak tenang jer.

    selagi ada ibubapa kenalah berbakti semampu boleh sebelum mereka pergi meninggalkan kita. menyesal dah tak berguna

    ReplyDelete
  19. Salam ceria Aidilfitri buat bro Arz sekeluarga... maaf zahir dan batin ye... :) :)

    ReplyDelete
  20. selamat hari raya arz,maaf zahir dan batin.. comel je cik puteri pakai tudung..

    ReplyDelete
  21. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Arz....
    Al fatihah buat arwah yg telah pergi. Lumrah alam....bila ada dipinggirkan, bila tiada baru dirasai....

    Wah Raya di Terengganu ye...mesti makan kopok leko dipagi Raya kan hihi...

    ReplyDelete
  22. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Arz....
    Al fatihah buat arwah yg telah pergi. Lumrah alam....bila ada dipinggirkan, bila tiada baru dirasai....

    Wah Raya di Terengganu ye...mesti makan kopok leko dipagi Raya kan hihi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...