Skip to main content

Lepak Di Tea Boss Perlis

Lepak Di Tea Boss Perlis | Drink Like A Boss

Tea Boss Perlis merupakan antara 10 outlet yang dibuka di Semenanjung Malaysia Oleh Tea Boss. Menerusi trademark "drink tea like a boss" memenuhi citarasa peminat tea, kopi, coklat dan lain-lain perisa . Tea Boss Perlis diusahakan oleh sepasang suami isteri bertempat di Repoh, Kangar Perlis. Sedikit latar belakang mengenai Tea Boss ianya merupakan inovasi anak muda yang berpengalaman dalam bidang perhotelan dan pengasas Tea boss sendiri berasal dari Sungai Petani.

tea boss perlis, tempat lepak di perlis, makan menarik di perlis, makan malam best di perlis,

Geng Blogger Utara tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri kenikmatan air bekas besar bermacam perisa dari Tea Boss. Antara Geng Blogger Utara yang hadir Zumal Pha Is Zya dan Blogger jemputan Sofie Adi. Kebetulan Zya dan Zumal memang berada di Perlis. Pha Is macam biasa mengembara bersama 'gadis bertudung biru' ( tak faham kena baca di blog miliknya) dan aRz sendiri ingin merasai pengalaman menaiki komuter dari butterworth-padang besar yang pasti nak Cik Puteri juga merasai pengalaman ini. Bab komuter aRz kongsi entri lain ok :)

blogger utara di tea boss perlis, tea boss perlis,

Memang sesuai Tea Boss membuka cawangannya di Perlis kerana cuaca yang panas ketika ini memang terasa nak minum air sebanyaknya. Memang banyak pilihan perisa kalau tak minum tea, coffee atau chocolate jangan risau banyak lagi perisa yang tersedia. Jom tengok perisa dan menu yang tersedia.

Menu Perisa dan Harga di Tea Boss Perlis

Bukan sahaja perisa Coklat Kopi mahupun Tea, perisa jus pun boleh didapati di Tea Boss Perlis. Boleh lihat menu perisa dan harga yang disediakan.

menu minuman tea boss perlis,
menu dan harga di Tea Boss Perlis
menu sampingan tea boss perlis, tea boss perlis, tempat lepak best di perlis,
Menu sampingan di Tea Boss Perlis

Selesai lihat menu. Masing-masing fokus untuk memesan minuman dan makanan kegemaran dan mencuba sesuatu yang baru. Kalau aRz lebih suka pada perisa kopi sebab memang penggemar kopi melainkan Cik Puteri nak minum sekali memang kena ubah perisa hehe.


tea boss perlis, sedap tea boss perlis, lepak di tea boss perlis, tea boss perlis dimana,
Ice Milk Mocha

tea boss perlis, drink, drink like a boss,
Pha Is tetap dengan Tea
Pha Is pula lebih memilih tea (teh) katanya nama pun Tea Boss Perlis kan? Jadi kena cuba tea terlebih dahulu.

gambar air tea boss, air gelas besar perlis, kemarau, tea boss perlis,
Baby Berry Boss

Yang ini pula pilihan zya....Kadang tertanya apakah semuanya mesti pink atau sewaktu dengannya hehee...
Dari cover smartphone, blog sampai ke air pun warna seakan sama...memang betul-betul minat warna ni. :p

Tea Boss Perlis


menu terbanyak pilihan

Ice Milk Choco Boss dari Tea Boss Perlis antara majoriti yang memilih perisa ni. Sedap ka? Tak sempat rasa tapi Cik Puteri minum banyak sangat.

Wefie dari sebelah sini (Cik Puteri macam keletihan)

tea boss perlis, wefie di tea boss perlis, lepak di tea boss,
Wefie dari sebelah sinun

Makanan pula tak perlu risau sebab ada beberapa menu yang memang sempoi dan patut dicuba. Boleh juga jadikan tempat lepak bersama kawan-kawan. Menurut Zumal sebelah malam lebih meriah. Mana taknya kawasan ni memang berdekatan IPTA...Pelajar Politeknik, UiTM Arau dan Unimap mungkin jadikan tempat makan dan lepak pilihan di Arau ni.

French Fries @ Tea Boss Perlis
Sebelum menu sebenar sampai kami menikmati dulu French fries. Sedap pula makan sambil sembang...bertanya khabar. Sebab bila sampai menu yang dipesan semua akan fokus pada makanan. 

makanan di tea boss perlis, chicken chop tea boss perlis, tempat lepak di perlis,
Chicken Chop @ Tea Boss Perlis

Chiken Chop menu pilihan aRz dan Cik Puteri dan Puan Isteri kongsi makan Bihun Soto. Sedap agaknya sampai tak sempat amik gambar.

bihun soto, bihun soto tea boss perlis, makan best di perlis,
Bihun Soto @ Tea Boss Perlis

laksa di tea boss perlis, makan laksa di perlis, laksa sedap di perlis,
Laksa @ Tea Boss Perlis

Tea Boss Perlis

Lokasi Tea Boss Perlis

Tea Boss Perlis terletak di KM3, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar Perlis ( Terletak diantara Auto Car Wash dan Aura Steamboat, bertentangan Andaman 2) atau boleh tengok seperti maps dibawah


Waktu Operasi Tea Boss Perlis

Tea Boss Perlis dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari - 9 malam
untuk lebih lanjut hubungi pemilik Tea Boss Perlis di :

Facebook : Tea Boss Perlis 
Instagram : @teabossperlis
017-4227517 / 0175720635 (Pn. Fadzilah)

Sebelum balik Wefie dulu

tempat lepak di perlis, minum air cawan besar di perlis, tea boss perlis, gelas besar perlis,
Tea Boss Perlis

Nanti dulu !!!! Untuk pengetahuan semua....jangan lupa dengan setiap pembelian anda akan mendapat 1 cop. Kumpulkan 10 cop dan boleh tebus 1 bekas Tea Boss...Untung sangat tambahan buat peminat air bekas besar ni.

kumpul cop di tea boss perlis, tebus air dengna kumpul cop, tea boss perlis,
contoh kad dipenuhi 10 cop
Jangan tunggu lagi sesiapa yang berada sekitar Perlis boleh pi lepak bersama keluarga atau rakan-rakan lagi ramai lagi cepat penuhkan cop. Tambah pula cuaca di Perlis agak panas berbanding negeri lain di Utara. Jom minum....

Lagi mengenai Tea Boss Perlis

Dunia Zumal - Tea Boss Perlis
Misszyaroses - Tea Boss Perlis Drink Like A Boss
Pha Is - Tea Boss
Sofie Adi - Sepetang bersama Tea Boss Perlis

Comments

  1. Tahun lepas tak ada lagi kan.. sebab masa study sana tak ada,bila abis study baru bukak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru saja buka...nanti kalau ke perlis boleh singgah di Tea Boss

      Delete
  2. sedapp.. nanti nak gie terjah la tea boss

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa...farah dah kat perlis kan sekarang ni

      Delete
  3. uisssh..kesian cik puteri...letih satu hari naik train kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa...kesian agak keletihan dengan cuaca yang agak mencabar

      Delete
  4. tak pernah pergi pon lgi sini

    ReplyDelete
  5. tudia panas2 ni memang sedap pekena ayaq ais ni..yum yum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap tapi sulam air suam juga na...jaga kesihatan hehe

      Delete
  6. Laksa oh laksa..! pembuka selera sungguh aihh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mai cuba juga laksa....asyik laksa penang ja

      Delete
  7. Arz sama kita peminat kopi jugak. Tapi minum kat lain belum nampak jadi macam Boss .. kena pi terjah Tea Boss la nampak gayanya.. terbaik BU all the best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tak sangka PCL juga peminat kopi...insyaallah ada masa kita mengopi bersama

      Delete
  8. Aaaaaaa..sedap nyer coffee! addict giler~

    ReplyDelete
  9. semua nmpk menarik. tmbh tmbh air tu.uhuhu

    ReplyDelete
  10. Cuaca panas pekena segelas ni memang sedap la tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...cuaca panas ni kira nak minum air sedap-sedap ja huhu

      Delete
  11. Rasa kena pi lagi la aRz, panaih nie kena hilangkan kering tekak ^-^

    ReplyDelete
  12. baru dapat baca entry nya...teringin chicken chop dia lagi....murah dan sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sofie...kalau dekat nak juga singgah dan makan lagi...betul murah...

      Delete
  13. Waa bestnya dapat lepak reramai gini..layan ..

    ReplyDelete
  14. teringin nak lepak gak kat tea boss ni. tapi jauh nauuuu hehehe. abg arz sponsor kc lah ngehngeh.

    kc tag abg arz kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/04/giveaway-by-xechalogy.html :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeeee....amboi main tag tag plak...ok

      Delete
  15. nyum2 nye nengok.. gmbr pha is macam control macho jeeeee

    ReplyDelete
  16. menarik sangat, terliur tengok semua gambar2 di atas, orang2 Perlis jangan lepaskan peluang menikmatinya di ketika cuaca panas lit lit laa nii.. :)

    ReplyDelete
  17. hadoi frust x leh minum like a boss sbb alergic ais..kalau minum sakit tekak..batuk berminggu minggu huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...