2 Ladang Teh Yang Wajib Dikunjungi di Cameron Highlands
Cameron Highlands menjadi destinasi percutian pilihan aRz baru-baru ini. Cameron Highlands yang terletak di negeri Pahang merupakan destinasi tumpuan pelancong terutama pada cuti sekolah kerana beberapa faktor menarik yang terdapat disini. Antara faktor yang menarik adalah cuacanya yang sejuk, ladang teh, ladang strawberi dan sayur-sayuran segar. Tetapi kali ini aRz ingin kongsikan sedikit mengenai 2 ladang teh yang wajib dikunjungi sekiranya anda bercuti ke Cameron Highlands.
arzmoha | Bharat Plantation, Cameron Highlands |
Cameron Valley Bharat Tea Plantation
Terdapat beberapa ladang teh dan juga ladang strawberi di cameron highlands. Ada milik BOH dan juga milik Bharat. Bharat Tea Plantation pula terdapat di beberapa lokasi. Ladang Teh pertama yang aRz maksudkan ini terletak di hujung Tanah Rata menghala ke Ringlet.
Kenapa wajib singgah?
Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Kalau sekadar nak minum teh rasanya dimana-mana kedai sekitar cameron highlands memang sedap pun. Malah warung kecil yang terletak di Kuala Terla sekalipun sedap dan murah berbanding di Tea House. Apa yang membuatkan aRz rasa wajib singgah di kedua ladang teh ini adalah kerana permandangannya yang cantik dan sesuai sangat bagi mereka yang suka bergambar samada bersama keluarga atau rakan.
Bersama Cik Puteri | Bharat Tea Plantations |
Acah-acah Petik Daun Teh | Ladang Teh Bharat, Cameron Highlands |
Cameron Valley Tea House | Cameron Highlands, Pahang |
Chocolate Indulgence Rm 10 |
Tea Time | Cameron Valley Tea House |
Antara faktor yang lain aRz memilih ladang teh ni disebabkan oleh ruang meletak kenderaan yang agak besar dan selesa. Walaupun mengunjungi ketika cuti sekolah tetapi tidak susah untuk meletakkan kereta. Tak payah tunggu-tunggu. Lokasi seperti di bawah : atau guna koordinat ini 4.4576231,101.3654312
Boh Tea Centre Boh Plantation Sungai Palas
Seperti aRz kongsikan diatas Ladang Teh Boh juga terdapat di beberapa lokasi. Tetapi yang paling cantik terletak di Sungai Palas, Tanah Rata, Cameron Highlands. Masa ke sini tempoh hari aRz sendiri keliru dengan lokasi Ladang BOH di Sungai Palas dan juga Ladang BOH di Ringlet. Lokasi ladang Boh di Sungai Palas ini juga merupakan lokasi penggambaran Filem Ombak Rindu. Sebab itu juga nak ke sini sebenarnya :p
Boh Tea Centre | Ladang Teh Boh Sungai Palas - google images |
Lebih kurang 3 kali aRz ke Cameron Highlands tetapi masih tidak sampai ke ladang ini. Insyaallah di masa lain nak juga merakam beberapa keping gambar sebagai kenangan. Ini semua kerana kurang membaca terlebih dahulu sebelum ke cameron highlands.
Sebaiknya datang awal pagi berbanding lewat petang. Kemungkinan terdapat waktu tertentu untuk ke Tea Boh Centre ini sepertimana Ladang Boh di Ringlet yang dibenarkan masuk sehingga jam 4.30 petang sahaja.
Ladang Boh Ringlet
Ladang boh Ringlet bukan termasuk antara dua ladang teh yang aRz maksudkan diatas. Tetapi kebetulan dah tersesat ke sini saja nak kongsikan sedikit perjalanan ke sini. Ladang Teh Boh Ringlet ini hanya boleh dinaiki sebelum jam 4.30 petang.... sekiranya sampai lewat...boleh tengok kawasan sekeliling saja.
Walaubagaimanapun boleh juga mengambil gambar disini berlatarbelakang daun teh yang hijau dan kawasan berbukit yang agak cantik. Jom tengok gambar yang sempat dirakam ketika sampai disini.
Ladang BOH Ringlet |
Daun Teh | Cameron Highlands |
Boh | Cameron Highlands |
Ladang teh |
Wefie | Cameron Highlands |
Walaubagaimanapun agak sedikit terkilan sebab tak bawa kamera DSLR. Permandangan yang cantik di sebalik kehijauan yang menarik perhatian peminat photography kalau singgah ke cameron highlands. Selain ladang Teh anda juga boleh melawat ladang Strawberi yang agak banyak dan jika bernasib baik boleh memetik sendiri. Tetapi sepanjang singgah ke sini belum ada pengalaman lagi memetik buah strawberi.
Strawberry Farm | Cameron Highlands |
Cik Puteri dan Strawberi | Cameron Highlands |
Buat mereka yang bergelar ibubapa sudah pasti ingin merakamkan gambar disekitar tempat menarik yang terdapat di Cameron Highlands. Gambar diatas ketika singgah di sebuah tempat yang menjual strawberi sempat merakam gambar Cik Puteri yang pertama kali ke sini. Nampak teruja.
Cik Puteri dan Cake | Tea House |
Sebenarnya tidak salah untuk mencuba hidangan yang terdapat di Tea House sekitar Cameron Highlands walaupun harganya agak mahal. 2 air minuman dan 1 kek mampu cecah RM 22. Sekali-sekala sambil melihat kehijauan alam.
Di tempat terakhir yang sempat aRz dan keluarga singgah sebentar adalah tempat menjual sayur dan pokok. Tetapi pandangan mata aRz tertarik pada pokok kaktus. Kelihatan seakan merah atau jingga. Bagi peminat pokok atau rajin bercucuk tanam, tempat ini pasti menjadi persinggahannya.
Semoga perkongsian ini membantu anda bercuti bersama keluarga dengan mudah dan dapat merakamkan gambar kenangan berlatarbelakangkan permandangan yang cantik.
aRzMoHa
Kaktus | Cameron Highlands |
Semoga perkongsian ini membantu anda bercuti bersama keluarga dengan mudah dan dapat merakamkan gambar kenangan berlatarbelakangkan permandangan yang cantik.
Jangan lupa membaca perkongsian mengenai Cameron Highlands dibawah ini :
Personal Lifestyle, Parenting and Photography Blog
Hubungi melalui :
Hubungi melalui :
azrilmohdhaniffa@gmail.com
cuaca kat sana berapa sekarang? bestnya tgk ladanh teh menghijau tu.. pernah ke ladang teh valley tu 10 thun lepas.. bergambar guna kamera kodak ja.. maklumlah budak sekolah lagi.. hehe...
ReplyDeleteKena repeat balik kalau macam tu. Dah lama 10 tahun tu. Macam-macam dah berubah
DeleteDedua dah pernah pergi.. Dedua best.. Dedua pon rasa mcm nak kene pergi lagi #Ehhh , hehehe
ReplyDeleteBetul, baru saja pulang dari CH rasa nak pergi lagi
Deletesinggah petang ~ http://jmbelog.blogspot.com/
ReplyDeleteTerima kasih JM
DeleteBertahun Sha teringin nak pergi Cameron Highland, tahun lepas ada rezeki bersama keluarga tapi malang pulak waktu pergi tu cuaca hujan... Sedih jugak... Moga sha ada rezeki lagi nak pergi dengan husband pulak... :)
ReplyDeleteCantik kan ladang teh tu... feeling2 overseassss sangat kat situ tau...
Hijau lagi bertambah sejuk. Pernah juga ke sana waktu hujan...
DeleteInsyaallah ada rezeki boleh ke sana lagi ya tunsha
anak pun dah besar.
ReplyDeleteAnak saya ka MKL?
DeleteAwat kami tak tersempak dengan awak aRz? 2 minggu ahad berturut2 tempuhi jem di sini..
ReplyDeleteterserempak.... error
DeleteUmi alya ke sana juga ka? Huhu... Tak ada rezeki nak jumpa
DeleteFuh.. cuaca panas macam ni perlulah ke tempat yang dingin sikit :)
ReplyDeleteSebab panas juga aRz ke sana yun sing
DeleteDamai bila tengok kehijauan...
ReplyDeleteBetul Pc...
DeleteMemang best dan menarik lah tempat nie..sesuai untuk release tension
ReplyDeleteTenang dan nyaman tapi kalau musim cuti sekolah kurang tenang sikit sebab jem
Delete4 gmbr yg atas tu mmg menawan kalbu, hijau je.
ReplyDeletetengok hijau semulajadi rasa tenang ja
Deletekali pertama dan kali terakhir ke ladang teh ni adalah pada waktu aku darjah 3. lamanya.. hahaha
ReplyDeletelamanya...ke buat trip balik uncle zuan
Deletetak pernah sampai sana lagi nampak aRz post mcm sekarang jugak nak pi huhuhu
ReplyDeleterancang masa pergilah bercuti hehe
Deletexpernah pun pergi ladang teh. Selalu pun singgah yang tepi2 jalan je yang tmpt2 menjual.. sob3x.. kene cuba masuk ke ladang ni. cantik je.. thnks share :)
ReplyDeletejangan lupa singgah nanti..bawa kamera besar skit
DeleteLamanyaa tak ke sanaa. Memang best dapat tengok ladang teh yang luas ni:)
ReplyDeletesejuk mata memandang
Deletebaru ja pergi hari tu.. bawak kawan dri indon jalan2..
ReplyDeletewah bestnya bawa kawan dari negara luar....#cuticutimalaysia
DeleteTeh tarik satuuuu!
ReplyDeleteammaaakkkk siapppp
Deletecik en last gi 4 tahun lepas..
ReplyDeletecik En dekat ja kan...hari hari boleh gi minum teh tarik cameron
Deletezaman sekolah dulu ada la pi..hehe..arz mcm makin debab pulak..hehe..
ReplyDeletehahha...alhamdulillah kalau makin debab...sebab nak naikkan badan cukup susah
DeleteHijau aman damai tenang,....
ReplyDeleteBerapa bakul dapat petik daun teh, Arz? Hihihi
Akak tak gi Cameron, tapi belakangan ni family dan kenalan ramai pula bercuti di sana. Merasalah ole2 Cameron. Kaya strawberi dan teh sekejap :)
ReplyDeletejadilah kak...dapat juga merasa strawberi...gi baru ni tak tido pun...tapi yang tak best tak dapat makan strawberi hehe
DeleteDulu pi Cameron tak dapat bergambar sangat sebab semua yang pi sama tu ortodoks. Haha ^-^
ReplyDeletedulu memamgn kamera pun mahal kan
Deletejangan lupa pasar malamnya….!
ReplyDeletebukan terlupa tapi tak singgah sebab pi balik hari ja uncle gedek
DeleteBonde tak pernah jemu kot pergi CH, Kalau diberi pilihan tempat nak berjalan tanpa planning mesti pilih CH. Kanda plz bawah pergi CH..
ReplyDeletehaha betul...kalau tak tahu sangat nak pergi mana aRz pilih CH pergi dan balik hari
Deletesy 1 pun x pegi pegi waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletelama tak ke cameroon. you make me wanna go there hahaha
ReplyDeleteBaru jer gie sana masa cuti tahun baru hijrah ari tu ... Best ... Tapi lebih baik gie hari minggu biasa, tak lah ramai sangat orang, jalan pun tak jam ...
ReplyDeleteBangunan tu nama Bharat rupanya. hari tu sekadar lalu ja masa melawat di Cameron. Yang ralit, dekat Mardi je lah, sampai tak nak balik XD. Teruja tengok pokok2 situ semua sihat2 ja
ReplyDeletehuhu itulah bila bercuti kena ada perancangan sikit...kalau tidak memang akan teralit...tak apa next time boleh repeat
DeleteKami selalu juga mengeteh di sini sebab saya tinggal di Batu Gajah, Perak. Cuma kira-kira 45 minit je ke sana. Jadi bila tak de apa-apa aktiviti dan kebetulan ada duit lebih, ajak anak isteri lepak kat sini. Kami biasanya akan pergi time cuti biasa. kalu cuti sekolah atau cuti umum,.. Boring sangat. Jem dan penuh pengunjung. Stress.
ReplyDeleteAllahu...seronoknya rumah tuan Usry dekat dengan tempat perlancongan. Boleh menikmati keindahan alam sambil luang masa dengan keluarga...
Deletelebih untung dapat pergi pada waktu bukan cuti yang mana tidak sesak dengna pengunjung
salam arz. boleh masuk dengan kenderaan sendiri ke? 2 kali pergi sana tapi tak pernah lak masuk sampai hujung, sebab bimbang jalan dia macam kecik je
ReplyDeleteWalaalakumsalam...boleh masuk. Sebab kedua-dua ladang ini aRz dah pernah sampai. memang jalan kecik tetapi tidaklah sampai merbahaya.
DeleteLadang Teh Boh Sungai Palas ternyata lebih cantik permandangannya...
Biasanya ada laluan yang kecil tetapi ada pihak ladang yang menjaga lalulintas
cantik nian udara fresh dan kaktusnya terbaik
ReplyDelete