Tempat Makan Menarik | Chocolate Boss Cafe Pulau Pinang
Chocolate Boss Cafe merupakan tempat makan menarik dan sedap yang baru di Pulau Pinang khas buat mereka yang meminati coklat, kek dan aiskrim. Cafe yang bertempat di Astaka Medan Suri, Sungai Nibong Pulau Pinang ini baru sahaja dibuka sekitar 2 bulan. Cafe ini juga diusahakan oleh dua orang anak muda untuk memenuhi citarasa peminat chocolate dan aiskrim. Pernah cuba?
Chocolate Bos berada di sebelah kanan bangunan Kompleks Medan Suri dengan kemudahan kawasan meletak kenderaan yang amat selesa.
Dimana Lokasi Chocolate Boss?
Lokasi cafe chocolate boss terletak di D9, Kompleks Medan Suri, Sungai Nibong Besar, 11900, Penang. Lokasi ini juga memang terkenal dengan terdapat bermacam jenis makanan di sebelah pagi sehingga lewat petang. Buat yang belum mengetahui Kompleks/Astaka Medan Suri ini ianya bersebelahan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Kompleks Medan Suri, Sungai Nibong Besar, Penang |
Chocolate Bos berada di sebelah kanan bangunan Kompleks Medan Suri dengan kemudahan kawasan meletak kenderaan yang amat selesa.
Chocolate Boss | Chocolate Chill Chat |
Menu Yang Terdapat Di Chocolate Boss
Chocolate Boss hanya menyediakan 7 jenis menu sahaja buat masa sekarang ianya sesuai dengan cafe yang simple khas untuk mereka yang ingin menikmati kesedapan aiskrim, coklat dan kek yang dihasilkan sendiri. Bagi mereka yang ingin lebih santai boleh menikmati menu ini di bahagian luar.
Chocolate Boss Cafe Penang |
Inilah gambaran cafe chocolate boss, paling penting crew dan pemilik cafe ini sangat bermurah hati dengan senyuman. Memang selesa bagi kita sebagai pelanggan yang baru ke cafe ini bila disambut dengan senyuman.
- Chocolate Ice Cream Rm 3.00
- Marshmallow Dip RM 3.00, Strawberry Dip RM 3.50
- Belgian Chocolate Cake RM 6.90
- Brownies in a cup RM 7.50
- Ice Cream Burger RM 8.90
- Ice Cream Waffle Sandwich RM 11.90
- Boss Tower RM 12.90
- Drink : Drinking Water, Ice Lemon Tea
aRz sendiri tidak melepaskan peluang mencuba 2 menu yang disediakan di Chocolate Boss iaitu Belgian Chocolate Cake dan Ice Cream Waffle Sandwich. Kedua-duanya memang menepati citarasa aRz yang memang sangat sukakan kek dan aiskrim. Dengan sentuhan chocolate yang terdapat di dalam kedua menu ini menambahkan lagi keenakan ketika menikmatinya.
Belgian Chocolate Cake
Belgian Chocolate Cake |
Belgian Chocolate Cake ini rasanya seakan kek yang aRz minat dan selalu nikmati. Jadi selepas ini Belgian Chocolate Cake akan menggantikan kek tersebut. Harga lebih murah. Memang puas hati.
Ice Cream Waffle Sandwich
Ice Cream Waffle Sandwich ini memang sedap kerana terdapat aiskrim di dalamnya beserta coklat yang dihasilkan sendiri. Memang lain dari yang lain. Walaubagaimanapun pemilik cafe ini sendiri menggalakkan pelanggannya menikmati terus menu/hidangan yang disediakan memandangkan hampir kesemua menu ini terdiri dari aiskrim dan chocolate.Ice Cream Waffle Sandwich |
Chocolate Boss |
Waktu Operasi Chocolate Boss
Chocolate Boss ini dibuka setiap hari dari jam 1 p.m - 9 p.m. Waktu ini memang sesuai untuk menikmati kek, waffle dan juga aiskrim.
Antara info yang penting yang anda perlu tahu, di Kompleks Medan Suri Sungai Nibong Besar ini juga menyediakan bermacam jenis hidangan jadi sekirnaya ada ahli keluarga atau teman ingin menu selain dari kek , waffle atau aiskrim, mereka boleh sahaja memesan bermacam hidangan yang disediakan disini. Jadi tidak ada sebab mengapa tidak jadikan Chocolate Boss sebagai satu destinasi jalan-jalan cari makan anda bersama keluarga mahupun teman.
Sebelum pulang sempat juga merakam gambar bersama pemilik Chocolate Boss Penang yang ramah dan sudi berkongsi bagaiman tercetusnya idea membuka cafe berunsurkan coklat dan aiskrim. Terima kasih diucapkan kepada Chocolate Boss.
Untuk maklumat lanjut :
www.facebook.com/chocolatebossofficial/
www.instagram.com/chocolatebossofficial/
Antara info yang penting yang anda perlu tahu, di Kompleks Medan Suri Sungai Nibong Besar ini juga menyediakan bermacam jenis hidangan jadi sekirnaya ada ahli keluarga atau teman ingin menu selain dari kek , waffle atau aiskrim, mereka boleh sahaja memesan bermacam hidangan yang disediakan disini. Jadi tidak ada sebab mengapa tidak jadikan Chocolate Boss sebagai satu destinasi jalan-jalan cari makan anda bersama keluarga mahupun teman.
Bersama pemilik Chocolate Boss |
Sebelum pulang sempat juga merakam gambar bersama pemilik Chocolate Boss Penang yang ramah dan sudi berkongsi bagaiman tercetusnya idea membuka cafe berunsurkan coklat dan aiskrim. Terima kasih diucapkan kepada Chocolate Boss.
Untuk maklumat lanjut :
www.facebook.com/chocolatebossofficial/
www.instagram.com/chocolatebossofficial/
Jumpa Lagi.
aRz terbaik..hebat
ReplyDeleteterima kasih cikgu etuza
Deletemakin gemuk lah org2 malaysia, arz je kurus.haha
ReplyDeleteHahaha. Saya maintain. Ada petua nak bagi gemuk tak mommy rara
DeleteNampak sedap dan pastinya sangat sedap kan..:)
ReplyDeleteSedappp
DeleteTerbaik aRz..terima kasih infor
ReplyDeleteSama-sama cikgu etuza
Deleteerm malas nak komen, tapi komen juga sebab tak tertahan melihat kek coklat yang sungguh menggoda jiwa ragaku... cedapnyaaaa :)
ReplyDeletejemput makan kak ana....hehe
Deletenak kena babab nii :)
Deleteperghhh! gila melampau waffle dia kek diaaa! hahahaha
ReplyDeletekena mai lagi ke penang sally
Deletecam kena pi try ja ni.. dkt gila dh dgn umah...
ReplyDeletecuba jangan tak cuba..
DeletePergh ! boleh gila tengok....
ReplyDeleteKat medan suri ? lagi sesak la lepas ni kat situ...
Belgian choc mmg terbaekkkk
ReplyDeleteNantilah kalau tersinggah Penang nanti, hello2 aRz, boleh minta belanja, hu3
ReplyDeleteenak banget... blanja egg nanti sampai fenang
ReplyDeletebelanja egg...telur setengah masak ka
Deletewow dari luar nampak biasa ja kedainya.. masuk dalam perghh sedap nampak
ReplyDeletemenyelerakan!
ReplyDeleteTudia meleleh ayaq liuq aihhh...
ReplyDeletekedai comey..tapi menu marvellous!
ReplyDeleteohohoiiii nape share coklat ni!! nak jugaaa tapi jauhnya hmmm.
ReplyDelete