Skip to main content

Awesome Food | Chocolate Boss Cafe Menarik Di Pulau Pinang

Tempat Makan Menarik | Chocolate Boss Cafe Pulau Pinang

Chocolate Boss Cafe merupakan tempat makan menarik dan sedap yang baru di Pulau Pinang khas buat mereka yang meminati coklat, kek dan aiskrim. Cafe yang bertempat di Astaka Medan Suri, Sungai Nibong Pulau Pinang ini baru sahaja dibuka sekitar 2 bulan. Cafe ini juga diusahakan oleh dua orang anak muda untuk memenuhi citarasa peminat chocolate dan aiskrim. Pernah cuba?

tempat makan sedap penang, kek menarik dan sedap penang, chocolate boss penang, belgian chocolate cake, kedai kek sedap penang,


Dimana Lokasi Chocolate Boss?

Lokasi cafe chocolate boss terletak di D9, Kompleks Medan Suri, Sungai Nibong Besar, 11900, Penang. Lokasi ini juga memang terkenal dengan terdapat bermacam jenis makanan di sebelah pagi sehingga lewat petang. Buat yang belum mengetahui Kompleks/Astaka Medan Suri ini ianya bersebelahan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.

kompleks medan suri sungai nibong, lokasi chocolate boss, kedai makan sedap, tempat makan sedap penang,
Kompleks Medan Suri, Sungai Nibong Besar, Penang

Chocolate Bos berada di sebelah kanan bangunan Kompleks Medan Suri dengan kemudahan kawasan meletak kenderaan yang amat selesa. 

chocolate boss penang, chocolate boss, kedai kek sedap, kedai aiskrim sedap, tempat makan menarik penang, cafe menarik di penang,
Chocolate Boss | Chocolate Chill Chat

Menu Yang Terdapat Di Chocolate Boss

Chocolate Boss hanya menyediakan 7 jenis menu sahaja buat masa sekarang ianya sesuai dengan cafe yang simple khas untuk mereka yang ingin menikmati kesedapan aiskrim, coklat dan kek yang dihasilkan sendiri. Bagi mereka yang ingin lebih santai boleh menikmati menu ini di bahagian luar. 

chocolate boss cafe penang, tempat makan menarik penang, kedai kek sedap, belgian chocolate kek,
Chocolate Boss Cafe Penang

Inilah gambaran cafe chocolate boss, paling penting crew dan pemilik cafe ini sangat bermurah hati dengan senyuman. Memang selesa bagi kita sebagai pelanggan yang baru ke cafe ini bila disambut dengan senyuman.

menu di chocolate boss, menu sedap di chocolate boss, tempat makan menarik, cafe menarik dan sedap penang, tempat bes lepak penang,
Menu Chocolate Boss

Antara menu yang disediakan adalah 

  1. Chocolate Ice Cream Rm 3.00
  2. Marshmallow Dip RM 3.00, Strawberry Dip RM 3.50
  3. Belgian Chocolate Cake RM 6.90
  4. Brownies in a cup RM 7.50
  5. Ice Cream Burger RM 8.90
  6. Ice Cream Waffle Sandwich RM 11.90
  7. Boss Tower RM 12.90
  8. Drink : Drinking Water, Ice Lemon Tea

aRz sendiri tidak melepaskan peluang mencuba 2 menu yang disediakan di Chocolate Boss iaitu Belgian Chocolate Cake dan Ice Cream Waffle Sandwich. Kedua-duanya memang menepati citarasa aRz yang memang sangat sukakan kek dan aiskrim. Dengan sentuhan chocolate yang terdapat di dalam kedua menu ini menambahkan lagi keenakan ketika menikmatinya.

Belgian Chocolate Cake

belgian chocolate cake di chocolate boss, kek sedap penang, kedia makan menarik, tempat makan sedap,
Belgian Chocolate Cake | Chocolate Boss
chocolate boss, belgian chocolate cake, tempat makan sedap, tempat lepak best, kek sedap,
Belgian Chocolate Cake

Belgian Chocolate Cake ini rasanya seakan kek yang aRz minat dan selalu nikmati. Jadi selepas ini Belgian Chocolate Cake akan menggantikan kek tersebut. Harga lebih murah. Memang puas hati.

Ice Cream Waffle Sandwich

Ice Cream Waffle Sandwich ini memang sedap kerana terdapat aiskrim di dalamnya beserta coklat yang dihasilkan sendiri. Memang lain dari yang lain. Walaubagaimanapun pemilik cafe ini sendiri menggalakkan pelanggannya menikmati terus menu/hidangan yang disediakan memandangkan hampir kesemua menu ini terdiri dari aiskrim dan chocolate

waffle sedap penang, waffle aiskrim penang, tempat makan menarik, tempat makan sedap,
Ice Cream Waffle Sandwich
menu di chocolate boss, ice cream waffle sandwich, aiskrim waffle, tempat makan sedap, tempat lepak, kedai kek,
Ice Cream Waffle Sandwich

ice cream waffle sandwich, tempat lepak di penang, lokasi makan sedap di penang, menu best di penang,
Chocolate Boss

Waktu Operasi Chocolate Boss


Chocolate Boss ini dibuka setiap hari dari jam 1 p.m - 9 p.m. Waktu ini memang sesuai untuk menikmati kek, waffle dan juga aiskrim.
Antara info yang penting yang anda perlu tahu, di Kompleks Medan Suri Sungai Nibong Besar ini juga menyediakan bermacam jenis hidangan jadi sekirnaya ada ahli keluarga atau teman ingin menu selain dari kek , waffle atau aiskrim, mereka boleh sahaja memesan bermacam hidangan yang disediakan disini. Jadi tidak ada sebab mengapa tidak jadikan Chocolate Boss sebagai satu destinasi jalan-jalan cari makan anda bersama keluarga mahupun teman.

arzmoha di chocolate boss, tempat makan best, tempat lepak menarik di penang, kedai kek dan aiskrim di penang,
Bersama pemilik Chocolate Boss

Sebelum pulang sempat juga merakam gambar bersama pemilik Chocolate Boss Penang yang ramah dan sudi berkongsi bagaiman tercetusnya idea membuka cafe berunsurkan coklat dan aiskrim. Terima kasih diucapkan kepada Chocolate Boss.

Untuk maklumat lanjut :

 www.facebook.com/chocolatebossofficial/
 www.instagram.com/chocolatebossofficial/

Jumpa Lagi.

Comments

  1. makin gemuk lah org2 malaysia, arz je kurus.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Saya maintain. Ada petua nak bagi gemuk tak mommy rara

      Delete
  2. Nampak sedap dan pastinya sangat sedap kan..:)

    ReplyDelete
  3. Terbaik aRz..terima kasih infor

    ReplyDelete
  4. erm malas nak komen, tapi komen juga sebab tak tertahan melihat kek coklat yang sungguh menggoda jiwa ragaku... cedapnyaaaa :)

    ReplyDelete
  5. perghhh! gila melampau waffle dia kek diaaa! hahahaha

    ReplyDelete
  6. cam kena pi try ja ni.. dkt gila dh dgn umah...

    ReplyDelete
  7. Pergh ! boleh gila tengok....

    Kat medan suri ? lagi sesak la lepas ni kat situ...

    ReplyDelete
  8. Nantilah kalau tersinggah Penang nanti, hello2 aRz, boleh minta belanja, hu3

    ReplyDelete
  9. enak banget... blanja egg nanti sampai fenang

    ReplyDelete
  10. wow dari luar nampak biasa ja kedainya.. masuk dalam perghh sedap nampak

    ReplyDelete
  11. Tudia meleleh ayaq liuq aihhh...

    ReplyDelete
  12. kedai comey..tapi menu marvellous!

    ReplyDelete
  13. ohohoiiii nape share coklat ni!! nak jugaaa tapi jauhnya hmmm.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...