Skip to main content

Awesome Food | Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar Penang

Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar, Sungai Ara, Pulau Pinang

Pulau Pinang memang terkenal dengan panggilan syurga makanan dan juga negeri yang terkenal dengan hidangan makanan yang terbaik dan menarik. Kali ini aRz bawakan Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar yang terletak di Sungai Ara Pulau Pinang. Memang banyak warung yang menjual nasi lemak tetapi warung ini lain dari yang lain serta menyediakan harga yang menarik. Jom teruskan membaca.

nasi lemak kukus pendekar mustar, nasi lemak sedap di sungai ara, nasi lemak famous di penang, makan best di penang, tempat makan menarik,
Nasi lemak kukus Pendekar Mustar, Sungai Ara.

Dari Mana Asal Nama Warung Pendekar Mustar?

Jangan terkejut dengan nama warung ini lain dari yang lain dan panjang sikit nama. Masa aRz sampai disini tertanya-tanya juga kenapa nama Pendekar Mustar. Untuk pengetahuan semua, selepas berkenalan serba sikit dengan pemilik warung ini yang dikenali dengan nama ITO, sebenarnya ITO adalah cicit kepada pelakon watak Pendekar Mustar iaitu dikenali sebagai Wak Mustarjo atau nama sebenarnya Haji Mustar bin Ahmad. Sebelum menceburi bidang lakonan Wak Mustarjo sendiri pernah membuka warung berhampiran Studio Jalan Ampas. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Kini cicitnya pula menyambung resipi Wak Mustarjo...jom baca lagi...

nombor telefon nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak pendekar mustar sungai ara, makan best di pulau pinang, nasi lemak sedap penang,
Untuk tempahan

Menu Yang Terdapat Di Warung Nasi Lemak Pendekar Mustar

Menu menarik yang terdapat di Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar. Sudah tentu bab ini yang dinantikan. Terdapat berbagai menu yang disediakan dan memang menjadi pilihan aRz sendiri. Memang sedap terutama resipi turun temurun Wak Mustarjo.

jenis menu dan hidangan di warung nasi lemak pendekar mustar, sedap ka nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak kukus pendekar mustar,
Menu dan hidangan yang disediakan


nasi lemak kukus pendekar mustar, nasi lemak sungai ara, nasi lemak murah, nasi lemak ayam berempah, makan menarik di penang,
Nasi Lemak RM2


ayam goreng berempah, menu di nasi lemak kukus pendekar mustar, penang best food, ayam berempah nasi lemak pendekar mustar, makan best di penang,
Ayam Goreng Rempah RM3

ayam goreng rempah nasi lemak kukus pendekar mustar, nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak sungai ara, makan best di penang,
Ayam Goreng Berempah

terlu goreng, menu istimewa, nasi lemak kukus pendekar mustar, makan best di penang, kat mana makan best di penang,
Telur goreng

sambal petai udang nasi lemak kukus pendekar mustar, sambal udang petai, makan best di penang, makan sedap dan murah, nasi lemak penang,
Sambal Udang Petai RM3

sambal daging berlado, sambal daging wak mustarjo, sambal daging rahsia turun temurun,
Sambal Daging Berlado RM 3 Resipi Turun Temurun

Inilah resipi turun temurun dari Wak Mustarjo atau Pendekar Mustar ketika beliau berniaga berdekatan Studio Jalan Ampas. Hari ini diteruskan oleh cicitnya, macam mana rasanya? kena mai rasa sendiri....

sambal paru kelempung di nasi lemak kukus pulau pinang, nasi lemak pulau pinang, nasi lemak, nasi lemak sedap,
Sambal Paru/Kelempung RM 2.50

sambal paru famous penang, sambal paru sedap di penang, makan best sambal paru, gambar sambal paru,
Sambal Paru/Kelempung
Ini antara lauk yang aRz dan juga beberapa #bloggerutaraofficial sempat mencuba sendiri tetapi masih banyak lauk lagi mencubanya dan dibawah ini adalah senarai harga dan menu yang disediakan

Senarai Harga dan Menu Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar

Nasi Lemak RM 2
Ayam Goreng Rempah RM 3
Ayam Sambal Halia RM 3
Rendang Kerang RM 3
Sambal Sotong Kembang RM 3
Sambal Udang Petai RM 3
Sambal Paru/Kelempung RM 2.50
Ikan goreng/sambal RM 2 ke RM 3 mengikut saiz dan harga pasaran.

Apa yang aRz sendiri faham jika kita ambil nasi lemak RM 2 + ayam goreng rempah RM 3 harganya RM 5.
Murah bukan? Bagi aRz murah dan lagi murah jika kita lihat harga minuman yang disediakan di warung ini.

Harga Minuman

Pemilik warung ini juga telah mengambil satu tindakan yang terbaik khas buat pelanggannya dengan menurunkan harga serta minuman percuma. Memang sangat murah.

warung murah penang, nasi lemak penang, nasi lemak sedap, makan best di penang, tempat makan menarik dengna harga murah, warung air murah di peang,
Harga Minuman Di warung Pendekar Mustar

Air Milo, Nescafe & Horlicks RM 1.50 <<< sah dengan setiap pembelian makanan >>>

Air Teh, Kopi, Bandung, Barli, Sirap Limau, Teh O Limau, Sunquick Orange/ Blackcurrant RM 1 
<<< sah dengan setiap pembelian makanan >>>

Teh O Ais & Sirap PERCUMA <<< sah dengan pembelian makanan dan makan di kedai sahaja >>>

Maknanya jika nak air harga ni kena makan di warung. Bagi aRz harga yang disediakan sangat murah.
Sangat berbaloi untuk mencuba. 

Kalau anda seorang yang tak suka beratur atau nak selesa dicadangkan datang pada jam 5.30 petang.

Lokasi Warung Nasi Lemak Pendekar Mustar




Berhadapan Pak Husin Tomyam,
Kampung Tersusun Sungai Ara,
Jalan Dato Ismail Hashim,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar

Warung ini beroperasi :

Ahad - Khamis dari jam 5 petang sehingga 12 tengah malam.

Tutup 
Hari Jumaat dan Sabtu.

Hubungi Nasi Lemak Pendekar Mustar :

016-4711227 ( ITO)


Kanak-kanak Suka Nasi Lemak Pendekar Mustar?

Kanak-kanak makan tak nasi lemak? Cik Puteri dan juga anak-anak #bloggerutaraofficial pun turut hadir merasai sendiri nasi lemak pendekar mustar. jom baca lagi

gambar kanak-kanak, gambar kanak-kanak di warung nasi lemak penang,
kimmi

izzat, kanak-kanak dan nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak kukus,
Izzat

nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak sedap, kanak-kanak suka nasi lemak pendekar mustar,
Alysa & Boboiboi
Sebelum hidangan sampai macam biasalah macam-macam aktiviti kanak-kanak tapi bila nasi lemak dah sampai semua fokus pada makanan. Kanak-kanak kalau suka pada makana atau rasa sedap bagi depa sudah tentu tak main-main sebaliknya fokus dan makan sampai kenyang.

cik puteri, cik puteri di warung nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak kukus penang, nasi lemak viral di facebook,
Cik Puteri tengah makan tapi mata ke lain :p

nasi lemak pendekar mustar, boboiboi di warung nasi lemak pendekar mustar, sedap tak nasi lemak pendekar mustar,
Boboiboi tengah buat apa tu?

anak blogger izzeyda di warung pendekar mustar, nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak kukus pendekar mustar,
Kimmi jeling apa pula? Sambal daging?

blogger murni alysa di warung nasi lemak pendekar mustar, nasi lemak pendekar mustar,
Fokus kak murni...fokusss hehehe


blogger utara di Nasi lemak pendekar mustar, bloggerutara, bloggerutaraofficial, warung nasi lemak kukus pendekar mustar,
Sebelum balik Wefie dulu bersama pemilik warung Puan Khairun

Terima kasih tidak terhingga kerana sudi melayan #bloggerutaraofficial dengan hidangan yang terbaik. Memang rasa nak ulang lagi. Insyaallah akan sampai lagi sebab teringatkan Sambal Daging Berlado turun temurun dari Pendekar Mustar. Terliur habis....

Sebelum itu Warung Pendekar Mustar ada mengadakan satu projek yang diberi nama Projek Kongsi Rezeki dimana Insyaallah aRz akan kongsikan pada entri akan datang supaya lebih mudah difahami. Jangna lupa untuk mencuba sendiri Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar.
projek kongsi rezeki penang, suspended meal penang, kongsi rezeki, makan percuma buat golongan kurang kemampuan,
Projek Kongsi Rezeki ( Suspended Meal )

Jumpa Lagi 

aRz MoHa
Whatsapp : 011-27130797
Facebook Page : Blogger Utara Official 

Comments

  1. sedapnya tgk sambal udg petai tu.. igtkan pemilik kedai ni main letak je nama.. smoga usaha murni, projek kongsi rezeki tu tetap diteruskan..

    tak sabar nak tunggu gather #bloggerutaraofficial seterusnya.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. terliur tengok nasi lemak bila la boleh p

    ReplyDelete
  3. next trip ke penang mesti kena terjah nasi lemak pendekar mustar nie...:)

    ReplyDelete
  4. projek kongsi rezeki yang sungguh mulia

    ReplyDelete
  5. jom arz kita repeat lagi..

    ReplyDelete
  6. sedap eh tgk ayam rempah dia ni
    one day kena terjah lah

    ReplyDelete
  7. nasi RM 2 banyak tu.. hemoih2 la perut comel ni.. haha

    ReplyDelete
  8. nanti kita serang lagi bersilat ngn nasi lemak kukus pendekar Mustar ni

    ReplyDelete
  9. Glamour sungguh nasi kukus pendekar mustar ni :)
    Sukalah sekarang banyak restoran/kedai makan buat projek suspended meal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...kita pun rasa nak kerap makan ke sana sebab warung seperti ini membantu insan lain.

      Delete
  10. meeeeeencik laaa hampa ni pi makan x ajak ceq.. tacing !!

    ReplyDelete
  11. Nama pun dah unik. Pendekar Mustar tuuu. Kompem orang ingat ! :)
    Dan side dish nasi lemak pun nampak sodap. Sambal udang petai tuuu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang favret pun sambal udang petai...petai memang tak boleh tolak...

      Delete
  12. Assalammualaikum bro..terima kasih sebab share..terus terang cakap..tengok pic2 nasik tu dan2 rasa lapaq bang ooo..huhuhu..nak kena pi nampak gaya ni

    ReplyDelete
  13. Boleh singgah nanti ni. Harapan makanan yang dihidangkan sesedap cerita Bujang Lapok

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...