Skip to main content

Ghost Museum Penang | Seram atau Mitos?

Ghost Museum Penang Tempat Menarik Di Penang

Pulau Pinang hari ini terdapat banyak muzium yang menarik dan pelik untuk dikunjungi. Kalau dahulu biasanya orang luar lebih tertarik dengan nasi kandar dan juga destinasi pelancongan seperti Bukit Bendera tetapi kini lebih kepada tempat-tempat menarik seperti Museum 3D, Ghost Museum Penang, Street Art, dan macam-macam lagi. Kali ini aRz ingin bawakan pada anda pengalaman bersama Blogger Utara menyingkap rahsia Ghost Museum Penang. Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang menarik di Ghost Museum Penang.

ghost museum penang, cool ghost museum penang, apa yang menarik di ghost museum penang,
Ghost Museum Penang 

Ghost Museum Penang 

Ghost Museum Penang bertempat di 57, Lebuh Melayu, Georgetown, Penang (atau boleh melihat di dalam peta dibawah. Sekiranya anda menaiki kenderaan sendiri terdapat tempat meletak kenderaan berkupon sepanjang Lebuh Melayu ini. Walaubagaimanapun parking berkupon di kawasan ini adalah percuma pada Hari Ahad dan Hari Kelepasan Am serta percuma selepas jam 1 petang hari Sabtu.

Harga Tiket Ghost Museum Penang 

Harga tiket atau bayaran masuk ke Ghost Museum Penang ini terbahagi kepada dua iaitu kepada warganegara dan bukan warganegara.

Untuk Warganegara Malaysia (MyKad)
Adult : RM 18
Kids : RM 8
Senior : RM 8
Student : RM 10

Bukan Warganegara (without MyKad)
Adult : RM 36
Kids : RM 16
Senior : RM 16
Student : RM 16

tempat menarik di penang, ghost museum penang, bayaran masuk ke ghost museum penang, harga tiket ghost museum penang,
Harga tiket @ bayaran masuk

apa yang menarik di Ghost Museum Penang, Tempat menarik di pulau pinang,
Bayaran Secara Tunai

Setibanya disini, anda akan disambut dengan hantu comel. Macam biasa aRz dan Cik Puteri bergambar dulu. Kalau tengok hantu comel ni tak rasa macam menakutkan tapi jangan menghakimi terlalu awal. Bawah nanti aRz cerita lebih lebar dan panjang. 

hantu comel ghost museum,
Bersama Cik Puteri 

Apa Itu Ghost Museum Penang?

Menurut Pemandu Arah Ghost Museum Penang, Rizal yang sangat mesra dengan suara yang comel (dia kata la hehe) idea membuka museum ini selepas pemiliknya melihat tiada lagi museum yang seakan ini wujud tetapi kalau ada pun hanyalah pameran hantu. Ghost Museum Penang cuba memberikan kelainan untuk pengunjung yang singgah ke sini supaya menjadi lebih unik dan menarik.

Apa Yang Menarik Di Ghost Museum Penang?

Apa yang menarik di Ghost Museum Penang? Soalan yang biasanya ditanya oleh semua bila kita balik dari sesuatu tempat. Jadi selepas pengalaman memasuki Ghost Museum Penang bersama dengan beberapa ahli #BloggerUtara, aRz ingin berkongsi bersama anda pula mengenai tempat ini.

Ghost Museum Penang  mempunyai beberapa kisah hantu yang terkenal di serata dunia dan biasanya bila dengar hantu-hantu ini kita mula merasa seram sehingga terpacak bulu-bulu roma. Kisah hantu-hantu ini sering di filemkan dan mendapat sambutan yang hebat. Setiap kisah hantu ini dibahagikan ikut bahagian dengan mengambarkan suasana tempat asal sesuatu kisah hantu tersebut.

Hantu Melayu

Kisah hantu melayu merupakan bahagian paling awal anda akan temui di dalam Ghost Museum Penang. Anda tidak dapat mengelak dari melalui mana-mana bahagian kerana hanya ada satu jalan sahaja. Apa yang menarik apa bila melalui bahagian ini anda akan merasa seakan berada di kampung dan merasa suasana malam. Bila suasana itu menjadi maka ia mula menimbulkan sikit emosi takut dan seram. Walaubagaimanapun ini bukan rumah hantu untuk menakut-nakutkan pengunjung dan tiada pula mereka yang memakai kostum untuk mengejutkan anda.

aRz hanya berkongsi beberapa gambar saja setiap bahagian bagi menjelaskan buat anda. Tetapi bagaimana perasaan yang mitos kisah seram serta kisah sebenar wujudnya kisah-kisah hantu ini anda perlu alamai sendiri.

Orang Minyak

Orang minyak sudah tidak asing lagi dalam kisah hantu melayu. Seringkali menakutkan wanita terutama yang masih dara. Kerana kisahnya yang kita dengar, ianya seorang pengamal ilmu hitam dan untuk menambahkan lagi kehebatan ilmunya maka perlu mencari wanita yang masih dara. Tetapi ada kisah sebenar mengenai orang minyak yang diceritakan oleh pemandu arah Rizal barulah aRz faham mengapa kisah hantu orang minyak ini di war-warkan sehingga berjaya menakutkan orang melayu.

Ghost Museum Penang, tempat menarik pulau pinang, hantu seram orang minyak,
Orang Minyak | Ghost Museum Penang

Puntianak

Masih lagi dibahagian Kisah hantu Melayu, kali ini hantu Puntianak. Menariknya set yang menggambarkan seakan berada didalam rumah dengan wanita mengadung hendak bersalin beserta suasana gelap ternyata menimbulkan sedikit rasa takut. Tetapi macam aRz katakan tadi ia tidak berniat untuk menakutkan pengunjung.

hantu puntianak, puntianak, pontianak, hantu seram, kisah hantu seram, ghost museum penang,
Puntianak | Ghost Museum Penang

Hantu Puntianak juga amat terkenal di Malaysia dan Indonesia dimana ia berasal dari wanita yang mati ketika mengandungkan anaknya. Lalu mengganggu wanita lain yang sedang ingin melahirkan anak supaya menjadi sepertinya. Walaubagaimanapun pemandu arah Rizal berkongsi dengan kami kisah sebenar mengapa wujudnya mitos hantu Puntianak ini. Selepas diterangkan barulah kami #BloggerUtara faham dan mengapa kisah hantu ini sengaja diwujudkan. 

Begitu juga dengan kisah hantu seram melayu yang lain yang ada disini seperti Penanggal, Toyol, Hantu Pisang dan berbagai lagi. Ini anda perlu alami sendiri.

Penanggal

Hantu Pisang

Hantu Cina

Seperti yang aRz katakan diatas tadi terdapat bermacam jenis kisah hantu di Ghost Museum Penang. Ini pula kisah hantu cina. Sebelum ini antara filem terkenal mengenai hantu cina adalah Happy Ghost. Pernah tengok tak? itu cerita hantu lawak. Tetapi yang dipamerkan disini agak menyeramkan. Seperti hantu melayu juga hantu ini juga mempunyai cerita mitosnya tersendiri dan kisah sebenar asal-usul hantu ini.

hantu cina, ghost museum Penang, menarik di ghost museum penang,
Hantu Cina | Ghost Museum Penang

Selepas dari bahagian hantu Cina terdapat kisah Firaun dengan kisahnya tersendiri dan terdapat kostum untuk dipakai dan bergambar. Malangnya aRz tidak ada mengambil gambar akibat dari Cik Puteri tutup mata dan terpaksa dukung. (Cik Puteri jadi takut sebab dengar perkataan "takut" terus takut...sebenanarnya Cik Puteri tak tahu pun terms "hantu") akhirnya tertidur. hehe 

Anda juga boleh bergambar di dalam Ghost Museum Penang ini mengikut kreativiti anda untuk berkongsi di laman sosial.

Kisah Seram tidak dapat dipisahkan dengan tengkorak
Ghost Museum Penang, apa yang menarik di Ghost Museum Penang,
Ghost Museum Penang

bilik seram, hantu seram, kisah seram, ghost museum penang, apa yang menarik di ghost museum penang,
Seram tak? | Ghost Museum Penang

Selain hantu cina dan hantu melayu terdapat juga hantu jepun dan korea serta kisah hantu lain yang aRz akan kongsikan dibawah. Gambar dibawah aRz sempat mengambil gambar hantu dari jepun atau korea kalau tak silap tetapi ia seakan Hantu Galah atau Hantu Raya.

ghost museum penang, apa menarik di ghost museum penang, kisah seram,
Hantu Raya? | Ghost Museum Penang

Ghost Museum Penang, kisah seram, hantu seram, apa yang menarik di Ghost museum penang, tempat menarik di penang,
Kaki Siapa Lebih Besar? | Ghost Museum Penang

ghost museum penang, tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik georgetown, lebuh melayu,
Ghost Museum Penang

Hantu Jepun

Antara yang juga menarik di Ghost Mesuem Penang ini di bahagian hantu Jepun. Hantu yang kita boleh lihat dalam filem Ju-on dan sebagainya. Jika anda mengambil gambar dengan sudut yang baik ia agak kelihatan menyeramkan. 

ghost museum penang, bergambar dengan hantu,
Muka Cuak Duduk Sebelah Hantu | Ghost Museum Penang

Seperti biasa pemandu arah akan menerangkan kisah hantu ini dan kisah sebenarnya terjadinya mitos hantu ini, mengapa dan kenapa. Banyak yang aRz ketahui ketika berada disini, penerangan yang baik oleh pemandu arah Rizal memang sangat berpengalaman dalam menerangkan kisah setiap hantu disini.

Vampire 

Kebanyakan yang hadir suka untuk bergambar sini kerana ada set ruang meja makan yang boleh bergambar secara kumpulan. #BloggerUtara juga masing-masing tak sabar untuk merakamkan gambar ketika berada disini.

Walaubagaimanapun jangan lupa selain seronok bergambar disini terdapat kisah Vampire yang sudah terkanl dengan menghisap darah. Tetapi anda perlu ketahui dari mana asal kisah ini dan kenapa kebanyakan filem vampire mengisahkan mereka dari golongan kaya? Jawapannya ada di Ghost Museum Penang.

vampire, ghost museum penang, tempat menarik di penang, apa yang menarik di ghost museum pulau pinang,
Vampire | Ghost Museum Penang

ghost museum pulau pinang, tempat menarik di pulau pinang, apa yang menarik di pulau pinang, vampire,
Ada vampire dukung anak | Ghost Museum Penang

ghost museum penang, apa yang menarik di pulau pinang, tempat menarik di pulau pinang,
Hidangan kepala manusia | Ghost Museum Penang

blogger di ghost museum penang, menarik di ghost museum penang, tempat menarik di pulau pinang,
Blogger sudah menjadi vampire? | Ghost Museum Penang

Bagaimana dah baca sedikit sebanyak mengenai Ghost Museum Penang? Seram tak...?? Kami #BloggerUtara dan melaluinya...anda bila lagi...

Bagi yang tertanya-tanya kanak-kanak boleh masuk tak..menakutkan sangat ka? Baik gambar dibawah boleh jelaskan segalanya

Ghost Museum Penang, sesuai untuk kanak-kanak, tempat menarik di georgetown,
Anak Kak Murni Selamba di Ghost Museum Penang

Sebenarnya jika kita tidak menakutkan anak-anak dengan hantu mereka sendri pun tidak akan merasa takut. Sebab mereka sendiri belum kenal hantu itu apa. CUmanya Cik Puteri sensitif dengan perkataan "takut" ditambah engan tangisan kanak-kanak yang ada didepan Cik Puteri masa mula-mula masuk kesini. Sayang tak sempat nak bergambar Cik Puteri disini.

Sebelum masing-masing pulang kami #BloggerUtara mengambil kesempatan untuk bergambar terlebih dahulu sebagai kenang-kenangan.

Blogger utara, BloggerUtara, tempat menarik untuk dikunjungi, georgetown best place, amazing penang,
BloggerUtara Family Di Ghost Museum Penang

bloggerutara di ghost museum, blogger utara, tempat menarik di pulau pinang, tempat yang perlu dikunjungi di penang,
BloggerUtara

Terima Kasih tidak terhingga buat pihak Ghost Museum Penang atas layanan baik. Sudah pasti tidak akan mengecewakan anda juga apabila mengunjungi tempat ini. Alamilah sendiri, rasai emosi seram sejuk dan jangan lupa bergambar di sini....

Terima kasih juga buat BloggerUtara yang hadir 

JTerima kasih kerana sudi membaca Review Ghost Museum Penang

Comments

  1. wah....SA dah la penakut....x tau la berani ke tak nakl masuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan takut seramnya sedikit.. Tapi siapa yang masuk memang enjoy

      Delete
  2. Ghost museum dalam kenangan ahaks

    ReplyDelete
  3. Seram! Meskipun hanyalah mitos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun mitos masih yang ramai mempercayainya

      Delete
  4. ok nampak drakula baju merah tuu serammmmnya..tapi kalau kak ana boleh tertidur macam cik puteri tu nak lah masuk arz, sebab kak ana ni penakut ya amat.:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drakula berbaju merah tu menakutkan ka? Hehe...

      Delete
    2. seram.... sebab drakula tu pakai spek hihi marah cik pinz :)

      Delete
  5. bestnya..... baca sini terus rasa nak pergi..... hoho. tq for this info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bawa kawan-kawan bersama lebih seronok

      Delete
  6. ishhh kalau saya masuk ni..tgk semua ni...takut balik rimah teringat plak

    ReplyDelete
  7. ishhh kalau saya masuk ni..tgk semua ni...takut balik rimah teringat plak

    ReplyDelete
  8. Kenapa ena tengok gambar dah rasa serammm. Huaaaaa. Teringin nak pergi tapi ena ni dah la lemah semangat.. Sobss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la takut Ghost Museum Penang bukan untuk menakutkan tapi ada sesuatu dapat kita pelajari lepas keluar dari tempat ini...

      Delete
  9. Jelingan Cik Puteri buat ai tak tidoq malam... heee

    ReplyDelete
  10. jap..ni macam yang diorang pamerkan time Pesta Penang tu ke? pernah la pi masa belajar kat USM dulu..seram jugak, tapi enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak sama kot SalbiahM...itu pameran hantu dari indonesia kalau tak silap

      Delete
  11. tak kenal maka tak cinta..cewah2..Lps ni kalau anak2 Tanya tentang hantu2 ni boleh ler jwb..dan jwpn pon adalah betul dan takda dah percaya kpd benda2 khurafat..sebab hantu2 ni rekaan semata2

    ReplyDelete
  12. Keren sekali gan foto2nya, jadi pengen main kesana hhe...

    ReplyDelete
  13. memang betul setiap musium pasti berhantu

    ReplyDelete
  14. mungkin karena di dalamnya penuh dengan benda kuno

    ReplyDelete
  15. Seriau nak bawa anak-anak ke tempat ni ,takut depa tak boleh nak tidur malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada saja anak-anak kecil ke sini pelbagai umur...mungkin agak seram pada permulaan bahagian hantu melayu, suasananya seakan agak seram...tetapi selepas dari itu tidak terlalu seram dan ada kanak-kanak yang teruja...

      walaubagaimanapun perlu lihat keberanian anak-anak masing-masing...

      Delete
    2. Itu la, mak ayah ok je..anak-anak ni memang kalau tempat gelap penakut....hoho

      Delete
  16. Mummy dah g tengok ari ahad aritu... Semua best ! Tp yg tak bestnya write -up dia kecik nau dan gelap sgt tanpa lampu sport light. Mummy nak baca sbb bila bawak hero2 mummy tak bole fokus ngan guide yg memberi penerangan.. Hheehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak baca cuma dengar dari pemandu arah ja

      Delete
  17. tak tidur malam laa kalau husna turut serta hari tu.. hahaha.. pasal2 hantu nih mmg payah sikit nak bwak berbincang..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau keluar dari Ghost Museum tak jadi takut dah

      Delete
  18. huuu! menakutkan kan pun ada aRz..seram rasanya masuk sana..dalam keadaan gelap.O ya dah masuk bloglist semuala, selalu rosak templete..syukur dah ok..

    ReplyDelete
  19. nanti cuba jadi komen terungguil oktober ya dah Etuza lancarkan ..sedang cari hadia untuk mereka nanti ...)

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. ehehehe epic kan kak ? cool gila Cik Puteri.. boleh dia tidoo..

      Delete
  21. ceq scroll laju laju laaaaa bab gambar2 tu semua.. i is kenot la abg long !! ahaha..

    ReplyDelete
  22. Gambar hidangan kepala manusia tu nanti buat terbayang2 jer masa kat meja makan nanti... khayalan orang penakut macam bunda ni, hehe..

    Salam hujung minggu..

    ReplyDelete
  23. hahaha.. anak kak murni selamba ja. dah kenapa 2 vampire tu pon ada jugak. hadeh arz !

    ReplyDelete
  24. hari tu nak pergi tapi bace blog duk cakap seram. terus tak jadi

    ReplyDelete
  25. Seronok tengok geng2 #bloggerutara share pasal Ghost Museum ni :)

    ReplyDelete
  26. Anak vampire yang tertido tu chomellll :)

    ReplyDelete
  27. Mak aii... puntianak... tekejut dibuatnya... banyak2 gambar yg tu nampak menakutkan... huhuhu saya last smpi penang tahun 2005 gitu tu... lama dah tak pergi...

    ReplyDelete
  28. Best la dapat jumpa dgn #gengBU

    ReplyDelete
  29. Ni wajib kena pergi ni.. Hehee..

    ReplyDelete
  30. nak masuk kena bawak teddy bear.. takuttt..hahha

    ReplyDelete
  31. mak ai. seramnya nak tengok. dah la malam ni. pastu tutup je pkai tangan hahahahahhaa. memang idok ler nak p sanaa

    ReplyDelete
  32. kalu sy msk sy ketawa kot hahaaha btw dlm seram2 tu boleh rapatkan ukhwah ;-)

    ReplyDelete
  33. boleh dapat mimpi ngeri nie kalau tgk pelan2...
    Jadi kena scroll laju-laju.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...