Skip to main content

Tempat Menarik | Lombong Cantik Pulau Pinang

Tempat Menarik Di Pulau Pinang | Lombong Cantik Guar Perahu 

Lombong cantik dan menarik di pulau pinang yang lebih dikenali sebagai lombong guar perahu atau lombong air biru. 

arzmoha, lombong, cantik, gambar cantik, kehijauan. tempat menarik
| arzmohdhaniffa photography | Lombong terbiar yang cantik

Salam. Pernah tak melihat lombong yang cantik? Kebiasaannya lombong di Malaysia ni airnya langsung tak menarik. Tetapi tempat yang aRz lawati ni lain dari yang lain. Nak tau kat mana dan nak tengok gambar lain?


Menjejak Lombong Yang Cantik

Wujudkah lombong yang cantik di Malaysia ni? Dengan air kaler kehijauan kebiruan. Biasa kita lihat air yang kehijauan dan kebiruan ni di laut. Macam di Pulau Perhentian, Tioman, Pulau-pulau di Sabah. Asal terjadi penjejakan ke tempat ni adalah dari idea rakan sekerja. Dia jeles dengan rakan dia yang upload gambar selfie kat sini. Kemudian dia pula cerita kat aRz. 

Dalam hati " buang tebiat ka apa, mana ada lombong yang cantik"

Baik kalau betul jom kita pi jejak. Set punya set akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba. Rancang jam 8 pagi jumpa di Jetty Seberang. Maksudnya aRz kena kuar dari rumah paling kurang jam 730 pagi.

Perjalanan Ke Destinasi


Malam sebelum bertolak. Cik Puteri macam tau abah nak tinggal. Malam tu usaha tak tido. Layan tv sampai 230pagi. Abah dah ngantuk. Esok nak bangun awal. Pujuk punya pujuk akhirnya tido juga.

"Tutttt" Masuk mesej whatsapp tepat jam 7 pagi. Dah lambat. Tak sempat sarapan gayanya. Siap-siap terus ke Jetty. Member mesej "mana bro"

"Flight Delay" aRz balas. :P

Feri Pulau Pinang ni macam biasa. Bila nak cepat slow ja dia bergerak. Bila nak feel lama-lama. Sat saja sampai. Sambil feri yang bergerak macam Siput Sedut ni sempat ambil gambar dulu.

Feri, Penang, Lautan, permandangan, gambar cantik, arzmoha, tempat menarik
| arzmohdhaniffa photography | Permandangan dari atas Feri
Feri, Pulau Pinang, Laut, Gambar Cantik, arzmoha,
| arzmohdhaniffa photography | Dari tingkat atas Feri Pulau Pinang

Feri, Pulau Pinang, Laut, Permandangan, Gambar Cantik, arzmoha
| arzmohdhaniffa photography | Feri Pulau Pinang

Penang, Port, laut, gambar cantik,
| arzmohdhaniffa photography | Penang Port

Bila tengok penang port, teringat masa kecil kata yang ni Dinosour. Zaman kanak-kanak kan? Semua di imaginasikan.

Sampai saja di jetty sebelah tanah besar ( seberang jaya) mula rasa gelabah. Berapa lama tak naik feri sampai banyak yang dah berubah. Member kata dia tunggu tempat bas lama. Masalahnya tempat ni dah lain. Rupanya kalau nak ke tempat bas lama perlu masuk ke dalam tempat jual tiket ada pintu keluar kat sana. Buat malu orang penang.

Tanpa berlengah member aRz memecut dengan kelajuan 110km/j dengan superbike dia. Sampai di Tasek Gelugor parking superbike naik kereta member sorang lagi. Naik kereta selamat sikit. Sebab kita tak tau kat tempat tu ada anjing ka, binatang berbisa ka, perompak ka, nama pun lombong kan mana ada orang dok kat sana.

Lokasi sebenar aRz akan beritahu dalam entri seterusnya. Bukan entri ini. Sabar ya. Jalan tanah besar ni aRz bukan cekap sangat. Duduk ja dalam kereta ingat nak tidoq dulu, member kata dah sampai. Cancel tidoq.

Sampai Lombong Cantik


Cuaca memang panas. Baru jam 10 pagi. Nampak gaya memang balik kena beli Qu Puteh haha. Sampai ja dah tak sabar nak tengok betul ka cantik sangat kawan ni. Pulun panjat tempat tinggi.

shoot, gambar cantik, bukit berbatu
 | arzmohdhaniffa photography | View dari atas.

Kawasan ni memang dipenuhi dengan batu. Kalau ke sini hati-hati sikit sebab batu ni boleh pecah. Membe kata batu kiwi. Tak pasti kesahihannya. (gambar atas) Sorang dah bersedia, sorang lagi tengah test camera.

kolam, lombong, kering, panas melampau, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Kesan kekeringan akibat cuaca panas

BUkit, arzmoha, gambar cantik
Terima Kasih kawan atas gambar ini. 

Bila pergi berjalan atau trip mana-mana sebaiknya minta rakan atau member tolong snapkan gambar. Dalam trip ni takpayah suruh memang depa ni rajin. Nampak macam Goku dok bertapa sambil berdiri.

Kegigihan, panjat bukit, hiking, gambar cantik, arzmoha,
| arzmohdhaniffa photography | Kegigihan

Kesungguhan, panjat bukit, hiking, gambar cantik, arzmoha,
| arzmohdhaniffa photography | Kesungguhan

Nampak tak gambar dua kat atas ni. Kegigihan dan kesungguhan mendaki bukit. Baik yang ni berlakon ja. Tak payah susah-susah nak panjat macam ni. Memang dah ada jalan cuma kena hati-hati sebab lincin dan batu mudah pecah.

Permandangan Sekitar Kawasan Lombong

Layan gambar dulu.

Lombong Cantik, gambar cantik, arzmoha, photography, landscape
Indahnya Melihat Alam Ciptaan Allah SWT

Gambar cantik, arzmoha, lombong dengan air kebiruan

lombong, gambar cantik, arzmoha, photography, landscape, awesome place in penang, penang,

Lombong, kehijuan, penang, gambar cantik, arzmoha, landscape,

Lombong, arzmoha, gambar cantik, landscape, penang, tasek gelugor

lombong, gambar cantik, landscape, photography, penang, must visit, pokok, place,
| arzmohdhaniffa photography | Pokok di kawasan bukit
Sebaiknya saya cadangkan jika ingin ke kawasan ini. Datang awal pagi. Kawasan ni kurang sangat pokok. Kalau ada pun masih kecil. Panas? Ya dalam musim yang kurang hujan seperti sekarang. Memang panas sangat. Jangan lupa bawa air. Baik rasa cukup setakat ini dulu. Tunggu entri seterusnya dalam minggu ini juga. Saya kongsikan map dan gambar lain.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Tak sangka ada lombong yg cantik..hihi.

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tau dimana lokasi lombong cantik ni...

    ReplyDelete
  3. Patutnya tajuk Son Goku di pergunungan lombong, ekeke :D
    Kawasan rumah lama Sha dulu pun air lombong dia kaler hijau biru-biru jugak. Tapi, view dia tak adalah secantik dalam gambar ni. :)

    ReplyDelete
  4. ingtkn sunggh2 kena pnjat =P tp memng cantiklah. xsngka Malaysiaku >_<

    ReplyDelete
  5. org yg minatnya 'menembak' ni memang suka cari sesuatu yg mencabar..baru la hasil lain dari kebiasaan..kan Arz.

    singgah dari #exchangefeedgroup

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah, cantiknya.. rasanya Malaysia ni byk hidden beauty, eheh

    ReplyDelete
  7. kena tunggu entri satu lagi baru dapat tahu kat mana lombong ni.

    ReplyDelete
  8. cantiknya!tapi gaya panjat bukit tu macam iye-iye je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahhaa nak komen gitu gak tapi nmpak cem real pun ye gak.. hihi..

      Delete
  9. mggu dpn sy ke penang boleh laa terjah tmpt ni

    ReplyDelete
  10. Jangan lupa makan Qu Puteh, barulah putih.. hehe
    Tak payah pergilah tempat ni, tengok gambar Arz upload ni pun dah ok..(punyalah malas, padahal dah dekat pun,haha)..
    over plak aksi memanjat tu.. iya..iya ingat kena panjat bagai.. haha

    Ops, lupa plak.. hai..salam kenal.. hehe.. jemput singgah my blog.. :D
    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah singgah. salam kenal

      Delete
    2. sediakan domino pizza ke..baru BEST nk singgah hehehe

      Delete
    3. Ehhhh.... Nak salam kenal jugak laaa kat Suida...

      Delete
  11. wah mencabar juga nak dapatkan view yang cantik kan aRz, tapi memang berbaloi lah dgn hasil foto yang sgt indah..

    singgah dari #exchangefeedgroup

    ReplyDelete
  12. Cantiknyaa...orang kalau ada ilmu fotografi ni, ambil gambar apa pun cantik kan..apa pun tak sangka ada tempat secantik ni kat sini.. ^_^

    ReplyDelete
  13. ehhh area mana ni.... xpernah tahu pon

    ReplyDelete
  14. wow cantiknyer tp sy rasa mcm bahaya jerk tempat ni..kalaulah xhati2 kan...mmm xdpt bayangkan trjatuh kat dlm tu

    ReplyDelete
  15. Wah teruja tengok..mmg cantik..biasa klau bercerita bab lombong mesti tempatnya tak berapa nak cantik.first time tgk lombong cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Lya tak nak tanya aRz ke..apa rahsia kecantikan lombong tu..pakai Q Puteh ke aahahaah..kalau betul JM pun nak!

      Delete
  16. cakap pasal lombong, rasa macam nak belek buku sejarah pulak. hihi. cantiknya lombong ni

    ReplyDelete
  17. cantiknya!!!!!!

    kalau dekat..
    pasti saya pergi!!!!!!

    cantik lah gambar tu awak!!!!!!

    ReplyDelete
  18. betul...memang chantek lombong nih....gambar pon chantek..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. lombong tu nampak cantik sbb airnya warna biru kehijauan...cer kalau air nya warna teh susu....MARI MINUM!!!!!

      Delete
    2. Biru memang cantik JM.... Merah itu garang...

      Delete
  19. saya suka shoot setiap pic... cntik la... pakai kamera apa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cameraMAN,,,kalau guna cameraWOMAN mmg x cantik!

      Delete
    2. Kamera yang terbaik adalah kamera yang kita sedang ada di tangan...

      Delete
  20. wooot woot..beri laluan beri laluan...lori balak nak lalu nih heee

    ReplyDelete
  21. bukan flight delay tapi pilot baru bangun tido!

    ReplyDelete
  22. feri gerak seperti siput sedut? dah tua sangat dah tu...suruh pencen cepat lah..dh x boleh buat keje tu...cukuplah usia sampai 60 tahun je hihih

    ReplyDelete
  23. waduhh...mencabar jugak nk ke lombong nih dari naik feri, superbike, kereta...cehh...buat saspen je..cakap je lah terus lokasi tu..

    ReplyDelete
  24. jika ke sini pastikan jgn pakai selipar Jepun je pakai!

    yes! Goku berjanggung heee

    tgk air hijau kebiruan tu raya cam nk terjun ramai2 jika cuaca panas mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjanggung,sis? Ohh, mashed up perkataan janggut & jambang ke? ;)

      Delete
  25. Indahnyaaaaa! Kegigihan+kesungguhan dpt captured lombong cantek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu buat gigih dan sungguh ja kak farrah. sebenarnya ada jalan yang mudah...tak perlu pun panjat macam tu :)

      Delete
    2. Jarang ada photographer gigih... Boleh join national geographic!

      Delete
  26. Memang cantik...kena pulak teknik photography yang profesional...yang paling kagum tengok dua gambar yang last tu...macam peta dunia..

    ReplyDelete
  27. pic nya cantik2.. sentuhan pro la katakan :D

    ReplyDelete
  28. Arz duduk kawasan seberang eh ? huhuhu.. mmg pun fery tu.. nk tnggu dah satu hal.. pastu cepat lak smpai. xdan nak feeling. time nak cepat lama tnggu huurm cem kekure.. sapa yg rajin naik je faham ehehe..

    laaaahai mana tmpt ni Arz oi.. tp cem seram je kalau perempuan pi.. owh iols is paranoid sket benda2 mcm ni.. but the sceneries r great..!! cantik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya duduk atas kerusi hihi
      saya tinggal area pulau CT

      Delete
  29. Area umah SS pon ada lombong cantik... Siap dah masuk paper... Tapi sampai skrg tak ada kesempatan nak pegi... Lepas tgk gambar aRz ni rasa nak terjah jugak one fine day....

    ReplyDelete
  30. Laa.. Kawasan seberang, patutlah tak tau 😂 bolehlah pergi "melancong" nanti haha

    ReplyDelete
  31. Laa.. Kawasan seberang, patutlah tak tau 😂 bolehlah pergi "melancong" nanti haha

    ReplyDelete
  32. Tempat ni dah jadi viral..nak kena p usha jugak kawasan ni...tunggu cuti kita serbu..hehe

    ReplyDelete
  33. kalau xsilap LA..tempat ni dinamakan TASIK BIRU..dengar2 org yg biasa p sana..start jam 5petang-7malam..petang-7malam..permandangan kat situ memang TERRRRBAEKKK LA..jom pakat2 p usha..

    ReplyDelete
  34. gmbr ini la yg digunakan page popular tu siap padam watermark.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm...ramai yg suka ambil hak milik org lain tanpa bg credit...kan

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...