Skip to main content

Sabtu Yang Ceria | Lokasi Sebenar Lombong Terbiar Cantik Pulau Pinang

Lombong, lokasi, pulau pinang, gambar cantik, tempat menarik, remaja, swimming, awesome place,
| arzmohdhaniffa photography | Kelihatan remaja setempat mandi di lombong ini

Perkongsian Gambar Sekitar Lombong Cantik


Salam. Seperti yang saya janjikan pada entry sebelum ini. Baca dahulu disini
 |Tempat Menarik | Lombong Cantik Pulau Pinang

Baik sebelum saya merungkaikan atau menunjukkan lokasi sebenar lombong ini yang mana mungkin anda boleh mengunjungi untuk merakamkan beberapa gambar kenangan disini atau ingin bergambar untuk majlis yang amat bermakna dalam hidup anda semua, saya ingin berkongsi sedikit lagi gambar yang sempat saya rakamkan ketika mengunjungi tempat ini.

Jom tengok dulu gambar-gambar yang ada.

lombong cantik, air jernih, lokasi menarik, tempat menarik, pulau pinang, arzmoha, gambar cantik, tayar terbiar, tempat cantik, penang nice place,
| arzmohdhaniffa photography | Air yang jernih jangan disangka tiada tayar

remaja, teenagers, lombong, swimming, people, air jernih, tempat menarik, lokasi lombong, gambar cantik,
| arzmohdhaniffa photography | Pandangan dari bawah tempat remaja bermandi
permandangan, view, tempat menarik, tempat cantik, arzmoha, gambar cantik, nature, full of colour,
| arzmohdhaniffa photography | Permandangan lombong 
tempat menarik, pulau pinang, gambar cantik, nature, alam semulajadi, tempat perlancongan,
| arzmohdhaniffa photography | Lombong dari arah lain
acara selfie, selfie, nice place, amazing plaze, penang, pulau pinang,
| arzmohdhaniffa photography | Acara Selfie
Selife, gambar cantik, lokasi menarik, tempat cantik, pulau pinang,
| arzmohdhaniffa photography | Menyelfie. 
tempat menarik, tempat cantik, amazing plaze, model, black and white, gambar cantik, arzmoha,
| arzmohdhaniffa photography | Model tidak berdaftar. 
tempat menarik, tempat cantik, lombong terbiar, amazing place,
| arzmohdhaniffa photography | Posing ala Aaron Aziz
silhoutte, amazing place, i love it, gambar cantik,
| arzmohdhaniffa photography | Silhoutte. Posing gaya mahaguru Keris Hitam Bersalut Emas

Selfie, wefie, gambar cantik, lombong terbiar, nature, alam semulajadi, pulau pinang, penang, malaysia,
| arzmohdhaniffa photography | Selfie Menyelfie

Mana boleh tahan asyik depa ja posing kan... Selfie sendiri la kalau nak gambar sendiri ada. Bukan saja-saja pejam mata tapi panas lit lit sampai takleh nak buka mata.

Lokasi Lombong Cantik Pulau Pinang


Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba. Ingin aRz kongsikan lokasi lombong ini. Nampak tak maps yang tersedia dibawah? Ia adalah di sekitar Tasek Gelugor Pulau Pinang. Rujuk maps bagi memudahkan anda untuk sampai ke destinasi ini. Lihat kawasan yang kelihatan air yang banyak. Ia paling dekat dengan kampung guar petai.



Ada beberapa nasihat jika anda ingin ke tempat ini :

1. Jangan pergi ke lokasi ini seorang diri.
2. Jika anda wanita, pastikan ada lelaki yang menemani anda, kerana kawasan ini sangat sunyi dan agak jauh dari kawasan perumahan. Mungkin jika berlaku sesuatu jeritan anda tidak akan didengari.
3. Sila bawa air minuman, memang akan terasa dahaga yang amat,
4. Disaat ini air dikatakan sedang mengering, tunggu sehingga hujan mula turun supaya kawasan ini dipenuhi air semula.
5. Jangan lupa bawa kamera, simpan dan cetak

Banyak lagi gambar yang ingin aRz kongsikan tetapi kalau nak dikongsi semua kemungkinan kelewatan lagi untuk publish entri ini. Semoga anda semua menemui tempat ini. Mungkin boleh dijadikan lokasi family potrait, pre-wedding, post-wedding dan sebagainya.

Jumpa Lagi

Comments

  1. ntah2 nanti ada plak wat rumah kat sana..hehe..

    ReplyDelete
  2. Jauh dari kawasan awam yer. Hmm ok. Terdapat bahaya di situ.

    1. Lokasi ni selalu ada orang tak?
    2. Lepas tu, lombong ni dulu digunakan untuk apa yer? Atau memang semula jadi macam ni?
    3. Kenapa air dekat situ boleh jadi jernih macam tu ek? Ada sungai atau kolam tak dekat-dekat kawasan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. semasa sy ke sana tidak ada orang hanya nampak sekumpulan remaja mandi,
      2.. tak tahu pulak, tahu kwujudannya selepas sudah tidak digunakan lagi. cuma kelihatan banyak batu kawi.
      3. ya ada sungai kecik kelihatan. tetapi singai tu macam tak memberi kesanada lombong ini. saya sendiri pun masih taktahu bagaimana air ini boleh jadi jernih dan berwarna warni

      Delete
  3. tengok map tu seperti tikus tgk besi...x faham!

    ReplyDelete
  4. berkurun tunggu nk tahu tahu lokasi sudahnya kongsi map huhuh...masih fail..x tahu lokasi..ce kongsi alamat..boleh cari guna Waze

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahaha kalau sis tekan maps tu ada koordinat kan? atau cari kampung guar petai

      Delete
    2. Cari lombong guna alamat?
      * pengsan!
      Posmen pon x kan ke situ JM!
      * pengsan sekali lagi...

      Delete
    3. sahh...arz tak tahu alamat tempat tu.....sob sob sb

      SS....tak kira..nak alamatttttttttt gak eheheh

      Delete
    4. nak alamat nak hantar key chain ka?
      tak ada orang pun sis JM

      Delete
    5. Hahahaah lombong kat area umah saya pun tak ada address, sis!

      Delete
    6. hahah adoiii ayat kak SS nak tergelak dibuatnye... jangan pengsann..huhu

      Delete
  5. lombong cantik sekali tengok tayar kesepian kat dalam tu hurmmmm

    ReplyDelete
  6. indah banget mas :) pengen dong foto-foto di sana :D

    ReplyDelete
  7. kena ajak team seekers datang ni

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. kalau org jual air dah rugi...seminggu sekali belum tentu ada pengunjung...hohohohohho

      Delete
  9. lombong itu cantiknya.. ya ALLAH cantik pemandangan ..Allahuakbar

    ReplyDelete
  10. Lepas ni ramai la pengantin gi photoshoot kat situ..tak jauh dari SP

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dah ramai pun dah memulakan photoshoot disini

      Delete
  11. wahhhh menarik jugak pemandangan kat sini

    ReplyDelete
  12. pemandangan yang cantik... tenang je..

    ReplyDelete
  13. sumpah memang awesome view dia..
    skali pndang ingat kat krabi..
    air biru.. nice tapak lombong la..
    photoshot memang lawa!!

    ReplyDelete
  14. Kawasan cantik + teknik photographer awesome = Hasil super-duper gorjes.
    Ada ikan tak dalam lombong tu?

    ReplyDelete
  15. Cantik sangat , lepas ni bakal popular tempat ni hasil pekongsian aRz :)

    ReplyDelete
  16. cantik cam kat oversea lah..tapi memang bahaya kalau perempuan gi sorang-sorang.thanks share Arz..kot kahwin oghang Penang boleh la photoshoot kat situ walaupun panaih lit lit..

    ReplyDelete
  17. Memang tidak kusangka, air jernih ada tayar bunga masik OK ;)

    ReplyDelete
  18. akat masih terselah... keep it up.. gambar semua cantik2...

    ReplyDelete
  19. Fuh..siap dengan google maps lagi..:)

    ReplyDelete
  20. Mmg btol ke air dya cmtu ke dlm gmbar je nmpk cntik....

    ReplyDelete
  21. Mmg btol ke air dya cmtu ke dlm gmbar je nmpk cntik....

    ReplyDelete
  22. Cantiknya tempat tu arz. Serius baru tau kt penang ada bekas lombong cntik cenggitu

    ReplyDelete
  23. Bestnya.. Tapi kalau nak pergi mesti tak jumpa tempat mia.. Budak ni dah lama berperap je kat pulau xD

    ReplyDelete
  24. kwn akak pon bg tips yg sm...jgn p sorang2...bahaya...dia bl org viral tmpt tu jd x caya.dia kata dl org xtau pon.just photographer kawen n freelance ja yg dok p situ...hahaha

    ReplyDelete
  25. Habislah. Bila ramai dah tahu lama lama jadi kotor

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...