| arzmohdhaniffa photography | Ubat gigi, tisu dan baldi |
Salam. Selamat bekerja. Selamat membaca.
Entri sebelum ini mengenai Kuasa Luar Biasa Kanak-kanak. Dah baca? Kalau belum cepat-cepat baca.
Tapi entri kali ini langsung tiada kena mengena dengan entri diatas. Entri kali ini nak ceritakan sikit kuasa luar biasa yang ada pada ubat gigi yang kita selalu guna di pagi hari dan untuk memutihkan gigi.
Tapi entri kali ini langsung tiada kena mengena dengan entri diatas. Entri kali ini nak ceritakan sikit kuasa luar biasa yang ada pada ubat gigi yang kita selalu guna di pagi hari dan untuk memutihkan gigi.
Kegunaan Lain Ubat Gigi
Kebiasaan dan kekerapan kita guna ubat gigi untuk membersihkan dan memutihkan gigi serta mengharumkan mulut. Tapi zaman emak saya dulu, ubat gigi ni selalu guna untuk cuci emas. Emas yang nampak kabur tak berkilat, boleh dikilatkan semula. Rasanya yang ni ramai dah tahu terutama kaum Hawa. Boleh juga guna untuk cuci cermin atau disapukan pada tangan kalau terkena minyak panas ( yang ni taktau fakta atau auta. Harap Dr Shikin boleh konfemkan ).
Pemutih Lampu Kereta
Ya....ini tajuk utama nak cerita pada semua pembaca. Rasanya dah ramai yang bongkarkan. Tapi saya nak cerita juga. Eksperimen ni terjadi sebabkan oleh Bangla cuci kereta kata lampu kereta saya pudar, kabur. Memang pun. Ini sedikit sebanyak perbualan kami.
" Incik, lampu kereta ada kotor, cuci ada mau".
"takmau, vacuum saja"
"kasi shining balik, baru juga"
"takmauuuuu"
Kebetulan saya dah lambat nak hantar wife ke airport.
( Tinggal saya ngan Cik Puteri berdua selama 3 hari )
( Tinggal saya ngan Cik Puteri berdua selama 3 hari )
Jadi sambil tunggu dia cuci kereta, saya pun google cara putihkan lampu kereta. Baca, baca dan terus baca. Akhirnya dah faham.
Berapa kos kalau buat di kedai? Saya pernah bertanya harganya lebih kurang RM 60 sebelah. Jadi dua buah lampu RM 120
Mahal kan?
Nampak tak gambar di bawah. Gambar sebelum saya cuci. memang kaburkan?
Lampu yang pudar ni memang bahaya. Cahayanya bila waktu malam akan jadi malap.
Berapa kos kalau buat di kedai? Saya pernah bertanya harganya lebih kurang RM 60 sebelah. Jadi dua buah lampu RM 120
Mahal kan?
Nampak tak gambar di bawah. Gambar sebelum saya cuci. memang kaburkan?
| arzmohdhaniffa photography | Lampu yang kabur dan pudar |
Lampu yang pudar ni memang bahaya. Cahayanya bila waktu malam akan jadi malap.
Nak tukar baru lagi la kos tinggi.
Sampai ja rumah wife belum siap lagi. Cepat-cepat ambil ubat gigi, tisu dan air sebaldi kecik (baldi ka orang panggil bekas tu)
Mulakan eksperimen tu.
1. Ambil ubat gigi, sapu ke seluruh lampu kereta. ( kalau ikut cara google tu suruh guna tisu)
Masa saya cuba tisu macam tak main peranan. Saya guna tangan ja. Sapu biar sampai semua tempat.
2. Biarkan 2-3 minit, jangan lama-lama sangat. Kemudian ambil sedikit air curahkan sikit guna tangan. Teruskan sapu dan sapu dan sapu...
3. Biarkan lagi, pastu basuk dengan air.
Siap.
| arzmohdhaniffa photography | Lampu Depan selepas cuci kelihatan baru |
Baik. Nampak tak perbezaannya. Lega rasa bila eksperimen menjadi. Bagi sesiapa yang mengalami masalah yang sama boleh cuba TIPS PUTIHKAN LAMPU KERETA YANG PUDAR.
Tak perlu keluarkan wang yang banyak dan untuk mencuci di kedai atau tukar lampu baru.
Sedikit tips tambahan. Sapukan sedikit wax, biarkan, kemudian basuh dengan air supaya kejernihan lampu bertahan lebih lama.
Selamat mencuba.
Jumpa Lagi.
Tak perlu keluarkan wang yang banyak dan untuk mencuci di kedai atau tukar lampu baru.
Sedikit tips tambahan. Sapukan sedikit wax, biarkan, kemudian basuh dengan air supaya kejernihan lampu bertahan lebih lama.
Selamat mencuba.
Jumpa Lagi.
Haaa.... ini barulah betul 'gunakan ubat gigi, barulah putihhhhhh'... :)
ReplyDeletebetul kakcik barulahhh putihhhhh
Deleteso leh x letak di muka ganti Qu Puteh...baru lah putihhhh
DeleteJangan cari pasal, sis! Kang muka ku qu-merah-merahan sebab kulit qu-pas!
Deletehahahha ada plak sisJM ni...
Deletenie kuasa memutih paling power..xyah Qu Qu sangat..ngeh2... :P
DeleteTerbaikkkk! Jimat ongkos :)
ReplyDeletebetul jimat kak farrah
Deletenanti akak nak cuba buat kat sliding door & cermin bilik air lah
Deleteaah la.. esok nak cuba plak dekat cermin.. bilik air..hihi.. gud idea kak farah.. :)
Deletelepas ni kalau ada yang jual kat parking tu bagitau je guna ubat gigi..lagi jimat..
ReplyDeletememang jimat sangat CP
Deletewah...resepi baru ni.Agaknya lepas ni semua cermin dan segala macam yang pudar kat rumah saya ni akan kembali bersinar.jangan heran kalau ada benda bersinar dari jauh.rumah saya lah tu. hehe,gurau je...
ReplyDeletepetua ni masa dulu-dulu, mak saya buat kat batil dan dulang hantaran tembaga.Tak tahu pulak boleh praktikkan kat lampu kereta.Ini sudah bagu.nice sharing.
betul zaman kahwin dulu-dulu mak-mak sibuk kilatkan dulang tembaga
Deletegood idea. akak nak cuba kat set tembaga arwah nenek akak. dah tak de rupa tembaga dah...
Deletetutup kedai la pasni sbb smua org ikot tips ni he3
ReplyDeletehaha. diorang caj mahal sangat.
Deletenice sharing
ReplyDeletebab cuci emas tu memang pernah buat lah aRz, memang shining balik emasnya..ni yg terbaru tahu pula ttg cuci lampu kereta, nice sharing.. :)
ReplyDeletesaya pun baru tahu kak ana. Terus eksperimentasi
DeleteSalam singgah, banyak tip guna ubat gigi sebenarnya, selain untuk cuci bilik air..hehe. Credit to gambar yang menarik dengan entri best!
ReplyDeleteberminat sponsor giveaway? klik sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html , Nak join pun boleh...
terima kasih. Insyaallah berkesempatan saya join
Deletefirst time tahu..lepas ni boleh try tgk la...
ReplyDeletecuba jangan tak cuba
DeleteMmg selalu dengar pasal kehebatan ubat gigi ni. Cuma belum pernah cuba jer Arz....
ReplyDeleteNantilah nak cuba jugak bersihkan gelang ni ha...
nanti bercahaya gelang tu hehe
Deleteyang putihkan lampu kereta tu baru saya tahu.. boleh la saya mencubanya juga nanti.. terima kasih berkongsi..
ReplyDeleteOooo... benda baru tau ni, boleh cube nanti, lampu keta satu yang sebelah tu dah macam tu dah... harap2 berjayalah...
ReplyDeleteTq sharing this tips. Nak cuci kat kedai ada yg ambik RM200 utk 2 lampu. JIMAT sangat!!!!
ReplyDeletememang menjimatkan
DeleteWah menarik ni.. saya pun baru tau ni. Thanks sharing Arz.. Mcm ni barulah putih... kalah Qu putih ni huhu.. :D
ReplyDeleteWahhh.....terima kasih banyak la untuk perkongsian ni. Kalau tak kopak lah saya Rm 200 utk
ReplyDeleteservis putihkan semula lampu kereta. Syukur alhamdulilah. Great info. Thanks Moha.
sama sama kat lynn. Kongsikan apa yang saya tahu untuk kebaikan semua
DeleteCermin kereta qu puteh :D irrayyan.com
ReplyDeletehehe qu puteh saja minggu ni
Deletehahha... kak ira pon terjebakk jugakk..hihihi
DeleteAssalammualaikum... arzmoha,
ReplyDeleteterima kasih tip2 nie... tak tahu pulak boleh bersihkan lampu nie guna ubat gigi...
mselim3
boleh Mselim saya pun baru tahu
DeleteMengilatkan barang kemas pun boleh tau...
ReplyDeletehehe betul tu TunSha
Deletepernah cuba juga memang berkilat
ReplyDeletedah jimat kos dengan guna ubat gigi ni :)
ReplyDeleteboleh gune untuk putihkan sisi singki... pastu pasang lagu industan... gosok dan beranganlah sampai tahun depan! ahahahha =p (men2 je..)
ReplyDeleteThanks sharing. Lepas ni boleh buat sendiri. Jimat pun.
ReplyDeletewah.. bagus juga ni. leh jimat pergi hantar bengkel. tapi nanti ubat gigi cepat habis plak. >__<
ReplyDeleteaRz guna Darlie eh..pesal x guna sensodyne ahahahaha...
ReplyDeletesis JM pernah dgr kalau ada jerawat batu kat muka letak ubat gigi golgate esok pagi mensti pecah jerawat tu...rupa nya byk kegunan ubat gigi ni selain putih kan gigi
hurmm...ni mesti keta MyVi kan tul tak?
ha'aa lah JM kreatif juga blogger aRz ni..ada petua hal kerete..so TQVM
Deleteha'a..entri begini yang mendapat HITS yang tinggi Cikgu
Deletewah nak try buat ..ikut aRz..murah tu ..darlie memang antara ubat gigi yang sesuai dengan gigi Etuza, tak sangka ada kegunaan lain..entry terlepas ni baru baca...tq kongsi yang baik ya
ReplyDeletenice sharing arz.. baru tau zaman dlu org guna bersih brg kemas. mak guna sabun ja. yg bab kena ekzos moto lepas tu letak ubat gigi kwn yg bg tau so far ubat gigi memang banyak kegunaan
ReplyDeletebaru tahu ubat gigi ni banyak jugak kegunaannya. selama ni tahu pakai aje :D
ReplyDeleteTips terbaik, murah dan berkesan..:)
ReplyDeleteTips yg menarik hanya dgn ubat gg jer..Mudah murah dan berkesan..nice sharing arz
ReplyDeleteWowww...lip lap lah lampu lepas ni.
ReplyDeleteArz dah buktikan benefit ubat gigi ni.
ha, bagus sangat tips ni. hahahaha. tapi saya xde kereta. maybe boleh praktikkan dekat kereta ayah dengan ummi saya. hehe
ReplyDeleteWahh..nice ni...banyak juga kelebihan ubat gg ye..bagus2..mudah dan jimat...
ReplyDeleteTerima kasih telah berbagi
ReplyDeleteNice Info
ReplyDeleteLom cuba lagi...trima kasih tips ni,terbaik
ReplyDeletewaahhh..
ReplyDeletebetul ke..
lama cari cara nak putihkan lampu kerete...
time kasih...
Nanti saya nak Cuba juga
ReplyDeletemmg nampak beza...
ReplyDelete