| arzmohdhaniffa photography | Kids |
Salam. Dunia kanak-kanak sangat indah. Indahnya kerana memiliki kuasa yang luar biasa.
Setiap kanak-kanak memang dilahirkan bersama-sama kuasa ini. Apakah kuasa itu?
Jom baca untuk mengetahui kuasa luar biasa itu.
| arzmohdhaniffa photography | Nur Damia Safia |
Sebelum itu, entry ini adalah berlanjutan dari Wordless Wednesday #19 | Choose Your Colour.
Kuasa luar biasa yang saya maksudkan adalah kuasa pengaruh. Bukan kuasa superhero macam spiderman, superman, ottoman, dan lain-lain. Kebiasaannya kita dengar kuasa pengaruh ini biasanya ada pada Pemimpin, Artis dan Selebriti, Orang Kaya, Orang Yang Berjaya, Orang Berilmu dan lain-lain.
Hari ini saya nak terangkan sikit kuasa pengaruh kanak-kanak bersama-sama gambar kanak-kanak yang mengindahkan dunia kita.
Sepertimana yang ditulis oleh Saudara Amin Idris didalam bukunya
Magnet Diri : Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya,
Magnet Diri : Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya,
kanak-kanak mempunyai 3 kuasa pengaruh.
| arzmohdhaniffa photography | Nur Alyaa Batrisyia senyum |
| arzmohdhaniffa photography | Nur Dayana dengan celotehnya |
1. Kuasa senyuman dan ketawa : Menyebabkan orang dewasa rasa terpikat dan sanggup memberikan apa sahaja kerana kecomelan hasil senyuman dan ketawa seorang bayi.
| arzmohdhaniffa photography | Tangisan Izara |
| arzmohdhaniffa photography | Nur Damia merenung tajam |
2. Kuasa tangisan dan keluhan : Tangisan bayi mampu membuatkan orang di sekeliling bayi menjadi resah dan gelisah serta memberikan tumpuan dan sanggup melakukan apa sahaja bagi menenagkan bayi. Sehinggakan seorang dewasa yang berpangkat tinggi pun sanggup menjadi seperti budak untuk meredakan tangisan bayi.
| arzmohdhaniffa photography | Nurul Asyikin |
| arzmohdhaniffa photography | Iz'an |
| arzmohdhaniffa photography | Sufi |
3. Kuasa berdiam diri : Ketika berdiam diri, seorang bayi mampu mempengaruhi orang di sekeliling mendekatinya dan membuat apa sahaja bagi menggembirakannya.
Hebat bukan alam kanak-kanak. Malah baru dilahirkan ke dunia beberapa saat sudah mampu menarik perhatian orang di sekeliling kepadanya. Ini bermakna setiap dari kita dilahirkan sudah mempunyai kuasa pengaruh dan perlu digilap. Ibubapa perlu memainkan peranan penting supaya kuasa luar biasa ini tidak hilang begitu sahaja.
| arzmohdhaniffa photography | Kids in Black and White |
Setakat ini dahulu perkongsian saya. Semoga bertemu lagi.
Jumpa Lagi.
p/s: jangan lupa kongsikan kritikan anda atas hasil kerja saya bagi menambah baik kualiti dari masa ke semasa.
betul tu... terasa rindunya pada ank buah yang kecil sekali tu...
ReplyDeletemasa saya belum ada anak mmg rindu sangat kat anak buah...
Deletesekarang dh ada ank sndri, tiap2 hari leh tatap kn...
DeleteBerharganya bila dpt captured pelbagai expressions & emosi si cilik. Betul, mereka mmg ada byk kuasa luar biasa ;)
ReplyDeleteKuasa yg buatkan ibu bapa yang sebelum ini tak mampu terjaga tengah pagi jam 3 4 pagi, boleh terjaga
Deletetangisan mereka pasti membuatkan hati tak keruan.. senyuman mereka dapat mengubat kedukaan di hati..
ReplyDeletesetuju cik zaza. Kuasa luar biasa ini kalau senyum.. perghh cair
Deleterindu pada bebudak...
ReplyDeleteanak2 abe MKL dah besar2 kan..so perlu tunggu 'kelahiran' cucu lah nanti hihih
Deletekikikii.... tumpang gelak sekaki.. ^^
DeleteIndah kan zaman kanak-kanak. Fikir keseronokan jer. Hehehehe
ReplyDeletebenar tu bro haffizul. tak perlu fikir apa-apa...dunia penuh keseronokan.
Deletezaman kanak2 xpayah pikir masalah.. kita dengan dunia kita je..huhu
DeleteSememangnya benar. Mereka sememangnya begitu istimewa sekali..
ReplyDeletezaman kanak-kanak pr budak-budak adalah zaman atau usi di mana mereka belu mboleh berfikir dgn waras dan bertindak dgn bijak..masih perlu b=perhatian dari org dewasa...jd tak mustahil setiap gerak geri mereka mendapat perhatian so susulan dng itu 'terbitlah' istilah mempunyai kuasa luar biasa...ada tarikan magnet di situ
ReplyDelete:)
DeleteYup..baru saya sedar akan 3 kuasa ni.
ReplyDeleteSaya pun memang akan turutkan jugak mereka ni.
wajah baby dan kanak-kanak sgt suci, sejernih hati mereka..
ReplyDeleteBetul tu Arz Moha,anak-anak sering menimbulkan perasaan teruja untuk didekati.
ReplyDeleteOrang marketing mesti suka dengan pendedahan fakta ni ;-)
Betul jugak kata sis tu.
Deletesha mmg dr dlu lg suka jaga budak2, kdg tu mmg mrh juga sbb nakal..tp xsmpai hati nak mrh..dorg ada kuasa muka 20sen haha kan..
ReplyDeletebetul tu..teringat pada anak-anak buah dan kerja lama saya yang banyak berinteraksi dengan kanak-kanak ketiga.kalau bad mood macamana pun, tengok senyuman ikhlas budak-budak boleh buat kita rasa nak senyum jugak..nice pics!
ReplyDeleteketiga tu typo, nak tulis tadika...hehe
Deleteitu fikir budak-budak ketiga tu apa. ok baru faham. Tapi kalau budak-budak suka nangis pun stress juga kan hehehe
Deleteohh... baru la tahu rahsie ni.... pasni nk wat2 tatau la ngan anak buah.. hahahaha (jahat giler!)
ReplyDeletejangan la macam tu. sian anak buah
Deletekne wat sumtin yang laen.. baru anak buah ingat kite.. hahahaaha.. =D
Deletesetuju..CP kalau stress kerja akan bawak anak sedara pi shopping sambil makan-makan..hilang stres bila dengan kanak-kanak ni..
ReplyDeletesaya sebelum ada anak sendiri memang anak buah selalu kena kidnap CP
Deletesetiap ekspresi emosi kanak-kanak membuatkan kita juga turut tersentuh, happy, sedih, gelisah dan bermacam lagi rasa yang menguasai diri kita.. mmg betul kanak-kanak mempunyai daya tarikan yang tersendiri. kuasa mereka mampu melemahkan hati kita.. :)
ReplyDeletebest dapat capture setiap saat dan detik ketika itu.. :)
yup saya setuju dengan kata-kata Sue Sopian. Tapi hairan kenapa masih ada yang mendera kanak-kanak
DeleteSuka tengok budak kecil. Comel! penenang jiwa..
ReplyDeletebaru2 exam psikologi...ada belajar mengenai kanak2 juga...
ReplyDeletecerita la sikit
DeleteTerlampau perfect dah gambo tu Arz.....takde apa yg nak di kritik...
ReplyDeleteEmmm....betul jugak tu....kanak kanak mmg ada kuasa luar biasalah..
tingginya pujian kak hainom okje. terima kasih saya ucapkan.
Deletetanpa kuasa luar biasa ini mana mungkin mampu mengubah mood seseorang kan?
Memang hebat kuasa anak-anak ni. Hati pun boleh jadi tak keruan dek penangan mereka.
ReplyDeleteDah mula rindu anak-anak..
Perkongsian yang menarik. Memang hebat sungguh kuasa anak-anak kecil ini.
ReplyDeleteGambar pun cantik!
hebat kuasa kanak2 ni sampai . nice sharing bg siapa saja yg sukakan kanak2
ReplyDeleteKanak2 insan istimewa..Ank2 kita punyai kuasa yg hebat..
ReplyDeleteorang yang dah ada anak2 ni lagi terasa kuasa tu. diorang insan yang suci hati. sebab tu kita rasa happy je, rasa tertarik dengan diorang. suka tengok Sufi. comel >.<
ReplyDeletebetul tu..wanie sendiri ada rasa rindu yang luar biasa dekat anak buah...rinduu...
ReplyDelete