Skip to main content

Wordless Wednesday #7 | Hargai Masa

wordless wednesday, gambar cantik, kids, arzmoha.com
| arzmohdhaniffa photography | Hargai Masa Bersama anak-anak
 Salam. Wordless Wednesday #7
Sudah ke-7 Wordless sukar untuk jadikan entry wordless. Mungkin nak sampaikan mesej khas untuk semua. Wordless Wednesday kali ini berkisar mengenai Hargai Masa bersama anak-anak. Hargai masa ketika mereka kecil. Jika anda pernah melihat Wordless Wednesday #5 ketika itu anak saya baru 8 bulan, berbanding sekarang 1 tahun 8 bulan. Lihat sendiri gelagatnya ketika disuruh pose hehe. Kehenseman saya juga jelas berbeza hehe. Cuma yang sama adalah lokasinya. Sehari sebelum puasa.
Pengajaran juga buat saya. Masa anak saya masih kecil selalu saya tanya pada isteri saya. "Bila anak kita nak berjalan" bila dah boleh berjalan tak larat nak kejar. Jadi jangan berungut lagi tapi sentiasa menghargai setiap detik yang dilalui. Itu juga satu nikmat. Alhamdulillah.

Hari ini macam-macam kes yang kita dengar. Ibu bapa dengan kes deranya, kes abainya, kes culiknya macam-macam. Sebab itu saya cuba buat entry supaya sekurang-kurangnya memberi sedikit kesedaran, walaupun sikit itu sudah mencukupi.

HARGAI ANAK-ANAK ANDA. SAYANGILAH MEREKA.
Anak-anak adalah sebuah tanggungjawab.

Comments

  1. org selalu tanya "adam dah boleh jalan ke?". 1y 2m baru start jalan.
    org selalu tanya "anis dah boleh jalan ke?".
    orang taktau bahawa postur merangkak itu sangat bagus untuk perkembangan bayi.
    sel-sel otak berkembang dengan jayanya semasa merangkak.
    irra jawab "xpe, bagi dia merangkak lama2."
    biasa la org melayu, lebih2 lagi org tua, terlalu prihatin. maybe excited lebih.
    sedangkan mereka dulu punya anak kecil. mungkin kita tua nnt pon mcm tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. soalan macam tu sentiasa dengar. dari belum kahwin sampai dah beranak pinak.

      Delete
    2. Samalah. Kadang2 boleh menyinggung perasaan ibu-ibu yang anaknya kira 'lambat' sikit.

      Delete
    3. hehe anak saya pun lambat dari segi meniarap, merangkak dan berjalan. cakap kira cepat jugak. Alhamdulillah

      Delete
  2. Masa bersama insan tersayang merupakan satu moment yang tak boleh berputar kembali. Hanya foto yang menjadi kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul CP. yang pergi akan tetap pergi. rugi jika tidak abadikan bersama

      Delete
    2. untung sekarang boleh save dalam komputer. Dulu guna negatif. Rosak negatif tu rosak la semua. Sebab tu gambar yang lama2 perlu scan dan simpan.

      Delete
    3. betul. banyak lagi gambar yang tak scan lagi

      Delete
  3. best kenangan lalu.. mase kecik2 ayah anis time pg2 dh bawak naik motor round2 keliling rumah.. bestt.. hihi.. dh besar2 nie xkn nak mintak cmtu..kate ngade2 plak.. anis nie kire anak ayah.. muke pon klon ayah je..hehe.. hargai masa dengan keluarga sebaiknya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MOment bersama ayah agak menarik. bila ayah yang berpewatakan garang tapi penuh kasih sayang.
      Bab klon pernah isteri saya tanya pada apek kedai henpon. Muka anak saya ikut sapa, selamba apek tu jawab " muka anak serupa photostat muka ayah"

      Delete
    2. betul2.. ayah nampak garang tapi sayang dye kat anak lagi power dr mak..hihi.. org kate bukan anis kate, anak perempuan ikut muke ayah nie comel n cntik..hihi... mesti anak arz cantik nanti.. alhamdulillah.. :)

      Delete
    3. Apa yg arz dengar, kata orang anak perempuan ikut muka ayah sejuk. Apa yg sejuk tak tahu la

      Delete
  4. tapi sebenarnya sedar tak sedar nanti, cepat je diorang membesar kan. rasa macam baru je pgang dia buat pertama kali.

    betul. masa yang ada ni jugalah nak didik dia jadi anak yang soleh, anak yang akan mendoakan ibu bapanya saat ibu bapa dah tak ada dekat dunia.

    bukan fizikal je yang diajar, emosi, rohani, semua tu penting kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pengisian selari dengan tuntutan agama itu penting. Cuma kecik macam ni ajarkan kasih syg dan aklak dulu, antaranya beri salam, salam, baca doa sebelum mkn, dengar azan dan sebagainya

      Delete
  5. cabaran jadi ibu bapa sekarang nie kan.. macam-macam kes yang berlaku.. ada kawan saya dia pasangkan tali dekat anak dia bila berjalan kemana.. memang lah nmpk kejam.. tp bagi dia yang penting anak selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. keselamatan anak-anak keutamaan ibubapa

      Delete
  6. Auuwww indahnya momen abah dengan anak hehe. Time-time gini la kita boleh manja ngan anak2 pun kan. Sok2 dah besar masing-masing dah malu dah masa tu kot hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehee indah sangat. kaki pun dah naik atas.

      Delete
  7. hargailah masa kita bersama insan tersayang selagi mrk masih dan kita masih ada di dunia ini ... done follow back ... salam ukhuwah .

    ReplyDelete
  8. Cik Nur rindu anak-anak buah masa diaorang baby dulu...Sekarang nie semua dah besar2 dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersama 10 orang anak buah sebelum ada anak sendiri

      Delete
  9. Sama2 kita hargai masa yang ada bersama anak2 dan keluarga ..anak2 adalah tanggungjawap kita ...jgn abaikan persaan dan masa yang berkualiti bersama anak2 kita ..Tanpa anak2 kita jugak akan rasa kesunyian ..

    ReplyDelete
  10. masa bersama anak walau hanya 5 minit amat berharga... kualiti masa yang penting..

    ReplyDelete
  11. lalui dan hargai setiap saat anak-anak membesar depan mata, suatu hari nanti bila mereka semakin dewasa,pasti kita kan merindui zaman mereka yang lalu,itu pengalaman kak ana sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ana. sebab ingatkan saya. insyaallah ingin lalui dengan baik

      Delete
  12. Masa adalah satu perkara yg amat penting..... masa itu emas... mana ada org nak buang2 emas kan.... gunakan masa anda dengan sewajarnya.... Salam rabu membisu bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro. kalau bro buang emas saya kutip hehe

      Delete
  13. bila budak2 dah besar rindu pula masa diorang kecil kan...

    ReplyDelete
  14. Masa itu emas masa itu cukup berharga ...

    ReplyDelete
  15. sy rindukan zaman Zulaikha baby... rasa cepat sangat dia membesar dengan jayanya... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa itu tidak akan kembali. Hanya kenangan dan foto mampu menyerikan kenangan tersebut

      Delete
  16. salam, masa yang dah berlalu takkan kembali takkan dapat kita ulang kembali sebab tu masa itu kena kita hargai kan? :))

    ReplyDelete
  17. Anak adalah anugerah allah kenapa ada org yg x nak hargai kan mmg xder iman. Ehh tiba2 terlebih emosi puak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, saya pun kekadang emosi juga dalam hal ini dengan macam-macam isu mengenai kanak-kanak yang kita dengar

      Delete
  18. Hargailah masa bersama anak sementara mereka masih kecil sebab ada yang dah besar nanti kena belajar ke mana-mana ke.. kerja di perantauan ke.. hmm..

    ReplyDelete
  19. Masa yang diluangkan bersama yang tersayang sangat precious!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...