| arzmohdhaniffa photography | Berhati-hati pulang ke kampung halaman |
Salam. Salam Ramadhan al-Mubarak. Semoga sihat selalu
Bagaimana dengan pengisian 10 Ramadhan terakhir ini? Sudah capai tujuan utama Ramadhan?
Bagaimana dengan pengisian 10 Ramadhan terakhir ini? Sudah capai tujuan utama Ramadhan?
Bila tiba 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan ada yang sudah mengambil pulang ke kampung halaman untuk merasai Ramadhan yang terakhir di kampung halaman. Mana mungkin sama suasana di tempat orang dengan kampung halaman sendiri kan?
Bukanlah niat sebenar saya untuk mengajak semua bersedia untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Sebaiknya menggunakan baki Ramadhan yang ada untuk diisi sebaiknya walaupun sesaat lagi untuk memasuki Hari Raya.
Tetapi seperti yang kita sedia maklum, sedia dengar dan mungkin sedia lihat kejadian yang meragut banyak nyawa ketika pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Jadi ingin saya ingatkan kepada semua supaya
BERHATI - HATI DI JALAN RAYA.
Ada diantara kita yang pulang awal ada juga yang masih bertugas dan pulang disaat akhir. Tidak kira bila waktu anda bertolak, dari mana ke mana, pastikan anda sentiasa berhati-hati di jalan raya.
INGATLAH KELUARGA TERSAYANG
Insyaallah saya akan berkongsi pada entri akan datang tips memandu pulang ke kampung berdasarkan pengalaman saya yang setahun lebih kurang 3-4 kali memandu selama 8 jam untuk sampai ke destinasi saya.
Insyaallah saya akan berkongsi pada entri akan datang tips memandu pulang ke kampung berdasarkan pengalaman saya yang setahun lebih kurang 3-4 kali memandu selama 8 jam untuk sampai ke destinasi saya.
JANGAN BIARKAN HARI RAYA ANDA DISAMBUT DENGAN AIRMATA
Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat mengisi 10 hari terakhir di dalam Ramadhan.
JUMPA LAGI.
Gambar diatas : Permandangan ketika memandu pulang ke kampung halaman isteri. 8 jam pemanduan sebelum tiba ke destinasi.
dihari raya...terkenang daku kepada sidia....kampungku indah nun jauh disana.... ayah serta bondaku.....sobbsobbbsobbb....ingatlah yang tersayang... lawanyaaaa gambar yang menepek kat entri ni.... :)
ReplyDelete+tunsha over sangat niiiii. kahkahkah~ gambar tu dekat mane?
DeleteMeh nak tlg jawab fadzi. Kat gerik. Laluan irra balik kampung shah alam-baling
Deletehaaaa mommy irra tolong jawab kan
DeleteHeheehe 8 jam tuuu ........ Mak aii penat penat ...Kak Lya dalam 3 4 jam jer sampai la kampung hehehe ......
ReplyDeletepernah sekali ja sampai dalam 6 jam. tanpa berhenti
DeleteSelamat Balik Kampung la yerr ..Bila start cuti Arz..
ReplyDeleteHari raya baru start cuti. Hari raya pertama masih di utara
Deleteselamat pulang ke kampung.. dan selamat menempuh hari-hari terakhir Ramadhan.makin kuat godaan nak raya, makin ramai yang malas nak tingkatkan ibadah. termasuk la yang taip komen ni..huhu
ReplyDeleteSama-sama ya. Berhati-hati tak kira samada pulang berhari raya ataupun keluar berhari raya.
Deletesemoga perjalanan kita semua didalam lindunganNya jua..Amin.berwaspada di jalan raya..
ReplyDeleteAmin terima kasih
Deletetakde kampung nak balik raya..sobs..sobs...
ReplyDeleteDulu saya pun tiada kampung. Lepas kahwin ja tumpang kampung hehe
Deletewahh.. dekat mana tu? selamat pulang ke kampung halaman dan pulang semula ke rumah dengan selamat ^^,
ReplyDeletedekat mana kena tengok entry sebelum sebelum ini hehehe
Deleteeh, lupa nak cakap. selamat hari raya maaf zahir batin. weee...
ReplyDeletebro arz moha nak kad raya tak? saya nak pos kalau nak. blogger yang lain pun saya dah hantar kelmarin ^^,
Selamat hari raya
DeleteTerima kasih atas kad raya. Insyaallah saya balas lepas raya
Selamat hari Raya Arz..semoga selamat sampai ke destinasi..berhati2 memandu sebab lebuhraya timur barat tu jalan mencabar sikit..
ReplyDeleteInsyaallah CP kebiasaannya memang berhati-hati
Deleteselamat hari raya n balik kampung dgn ati ati ye
ReplyDeleteterima kasih. Insyaallah
Deletesalam. singgah jumaat kat sini..hati+ balik kampung hehe
ReplyDeletep.s salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong ya hee ^_^
Selamat hari raya Cik Itah
DeleteSB tak pulang kampung..sbb kita duk kampung..hehehee..seronok tau!!..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya SB
Deleteselamat hari raya maaf zahir batin arz dan family.. :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Anizz Maaf zahir dan Batin
Deletecantiknya!!
ReplyDeleteTerima kasih Nurul
DeleteAah..betul-betul cantik.
ReplyDeleteTerima kasih Dr Shikin
Deletelama tak nampak arz moha.. sakan raya awk ye... =)
ReplyDeletewaduh-waduh. balik kampung wife ja internet terputus, selsema demam + sakit kepala. Mungkin perubahan cuaca. sekarang dah kebali ke home sweet home baru aktif semula
Deletearz.. update suasana hari raya plak boleh ke? suke tgk gmbr2 kat blog nie.. cantik.. :)
ReplyDeleteInsyaallah gambar tak banyak. tak sihat sikit raya kali ini.
Deleteeh bro gambar ni kat haigway gerik-kupang kedah ke bro?
ReplyDeleteya Sobri
Delete